Tempatan

YDPA Sempurnakan Majlis Pengurniaan Rumah YASA Kepada Penerima

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 16 Februari 2023 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat menyempurnakan majlis pengurniaan rumah kepada penerima, Encik Mohd Khairi Othman.

Seri Paduka Baginda menyatakan hasrat untuk mengurniakan rumah tersebut kepada Encik Mohd Khairi yang tinggal di Kampung Tanjung Pulai, Pulau Manis, Pekan, Pahang, selepas berbicara dengannya.

BACA JUGA: Tiada Gempa Bumi Sabah Sarawak, METMalaysia Laksana Pemantauan Berterusan

BACA JUGA: Namewee Gesa ‘Halalkan’ Pelacuran & Polis Tangkap Pencuri, Pembunuh Jika Berani

BACA JUGA: Hampir 5,000 Kanak-Kanak Jadi Mangsa Cabul Gereja Katolik

“Saya nak bagi awak rumah, awak nak tak?” Demikian soalan diajukan Seri Paduka Baginda kepada Encik Mohd Khairi yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU). Kongsinya dalam satu temu bual.

Tambah Encik Mohd Khairi, beliau menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Seri Paduka Baginda atas kemurahan hati mengurniakan rumah kepada beliau, selain berpeluang bertemu dengan Seri Paduka Baginda sendiri.

Beliau juga menyifatkan kurniaan ini sebagai amat bernilai dan bermakna buat beliau dan keluarga.

Program Kurniaan Rumah Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) membina rumah bertiang dengan tiga bilik juga mengambil kira keperluan Encik Mohd Khairi, yang berkerusi roda kerana cacat kedua-dua belah tangan dan kaki.

“Semoga sumbangan rumah ini dapat meringankan beban dan memberi keselesaan serta meningkatkan taraf kehidupan mereka selepas kehilangan rumah akibat bencana banjir.”

Seterusnya, Seri Paduka Baginda juga berkenan mengurniakan sumbangan kepada 15 golongan asnaf di Kampung Pulai, Pekan, semalam.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: