Tempatan

Whatsapp Musnahkan Keseimbangan Kerja, Kehidupan & Mental – Pengguna Media Sosial

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 21 Julai 2022 – Bekerja melalui Whatsapp dan tanggapan mudah dihubungi sepanjang masa merupakan salah satu idea paling teruk yang pernah wujud,” kata @TamaraKttk, seorang pengguna Twitter.

Menurutnya, keadaan kerja itu bukan sahaja telah merosakkan keseimbangan kerja dan kehidupan malah turut memusnahkan kesihatan mental ramai.

Ciapannya ini mendapat sambutan ramai dengan 6,431 retweet dan 20.7k likes di mana hampir kesemua penguna media sosial lain sangat bersetuju dengan @TamaraKttk.

Bagi @TalhaBinAfzal, seorang pekerja dalam bidang Jualan & Perkhidmatan Perisian, kerja-kerja yang diarahkan melalui media sosial Whatsapp telah merosakkan kehidupan dan kesihatan mentalnya.

“Perkara sama berlaku dalam pekerjaan saya sebelum ini. Benda paling teruk untuk keseimbangan pekerjaan dan kehidupan dan kesihatan mental. Sekarang, saya akan ambil masa untuk layan sebarang mesej dan panggilan sekiranya ia dari Whatsapp.”

Seorang lagi pengguna media sosial lain, @zeee_square, juga menyatakan perkara sama.

Can relate 100%. Kadang-kadang, saya nak terus berhenti gunakan Whatsapp, tetapi kerja saya tak benarkan.”

Kerana itu @Habibamajeed__, seorang pengguna Twitter menegaskan, sebarang urusan kerja sepatutnya mestilah melalui emel, bukannya Whatsapp.

“Saya sangat percaya komunikasi mengenai kerja mestilah melalui emel, bukan Whatsapp. Nampak sangat anda dianggap mudah untuk diambil kesempatan jika kerja anda diarahkan melalui Whatsapp!”

Kata @TamaraKttk lagi, sedihnya dalam dunia hari ini, orang ramai langsung tidak menghiraukan kehidupan peribadi kerana penanda aras ditetapkan berdasarkan sejauh mana seseorang itu berdasarkan responnya di media sosial.

“Tetapi malangnya dalam dunia hari ini, penanda aras ditetapkan berdasarkan sejauh mana seseorang itu responsif di media sosial. Orang ramai tidak menghiraukan kehidupan peribadi sesiapa sahaja dan akan menghubungi bila-bila masa yang mereka mahukan.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: