Antarabangsa

WASPADA! Pulau Jawa & Sumatera Dibayangi Tsunami Setinggi 34 Meter – Kajian

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JAKARTA, 04 November 2022 – Pulau Jawa dan Sumatera, Indonesia berpotensi dibadai Tsunami setinggi 34 meter sekiranya gempa bumi bermagnitud 8.9 melanda kepulauan itu.

Hal ini berikutan sebuah laporan yang dikeluarkan oleh penyelidik Indonesia, para penyelidik menemukan aktiviti seismik yang tinggi di pantai selatan Provinsi Jawa Barat dan bahagian tenggara Pulau Sumatera yang boleh mencetuskan gempa “megathrust”.

Menurut laporan itu, sekiranya gempa dengan skala demikian terjadi, maka Tsunami dahsyat boleh berlaku seumpama badai Tsunami pada tahun 2004.

Para penyelidik menilai ketinggian potensi Tsunami itu dengan menggunakan peta lebih daripada 1,000 pusat gempa yang berukuran magnitud 4 atau lebih berdasarkan data daripada tahun 2009 hingga 2020.

Untuk rekod, Indonesia merupakan salah satu kawasan seismik paling aktif di dunia di mana ia terletak dalam Lingkaran Api Pasifik dan banyak mencetuskan gempa bumi serta letusan gunung berapi.

Tragedi badai Tsunami pada tanggal 26 Disember 2004 dianggap sebagai bencana alam terburuk dalam lipatan sejarah apabila hampir 283,000 nyawa terkorban manakala 14,000 yang lain gagal ditemui.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: