Tempatan
WASPADA! Jangan Layari Laman Web Palsu THiJARI
KUALA LUMPUR, 15 November 2023 – Tabung Haji (TH) menyatakan bahawa laman web www.thijari.ticketmysearch.com adalah palsu dan ia bukanlah di bawah kendalian TH.
“Hati-hati! Pelbagai cara scammer memperdaya mangsa.”
“Pastikan anda layari alamat laman web yang betul.”
“THiJARI boleh diakses menerusi https://www.thijari.com.my/. “Kalau Curiga, Jangan Percaya,”” kata TH dalam satu hantaran di Facebooknya.
Dalam hantaran sama, TH turut menasihatkan pendeposit untuk sentiasa peka dan berhati-hati dengan pautan yang mencurigakan.
THiJARI merupakan sebuah rangkaian perkhidmatan digital Tabung Haji yang mula beroperasi pada 5 Februari 2020. Ia merupakan platform dalam talian yang disediakan oleh TH untuk memudahkan pendeposit TH.