Tempatan

Warisan Harap Kerajaan Pimpinan Anwar Ibrahim Dapat Muktamadkan MA63

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KOTA KINABALU, 22 Disember 2022 – Parti Warisan berharap agar Kerajaan Persekutuan yang dipimpin oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim dapat memuktamadkan perkara dalam Perjanjian Malaysia (MA63).

Menurut Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, hanya tinggal empat daripada 21 perkara membabitkan MA63 ini yang masih belum dimuktamadkan.

“Empat perkara lain yang belum dimuktamadkan adalah isu royalti minyak dan pembayaran tunai petroleum; mineral minyak dan medan minyak; Akta Laut Wilayah 2012 [Akta 750]; dan hak negeri ke atas pelantar benua,” katanya.

Untuk makluman, 21 perkara itu telah dikemukakan oleh Kerajaan Sabah dan Sarawak pada Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH) penggal lalu.

“Warisan yakin penduduk Sabah akan menghargai dan amat berterima kasih sekiranya kesemua 21 perkara ini dapat dilaksanakan.”

“Setakat ini, 17 daripada 21 perkara telah mendapat persetujuan bersama antara Kerajaan Persekutuan PH lalu dan kedua-dua Kerajaan negeri.”

Beliau berkata, pengumuman Perdana Menteri berhubung pemindahan kuasa mengawal selia bekalan gas di Sabah baru-baru ini amatlah dialu-alukan.

Bahkan, Warisan turut menghargai keprihatinan Perdana Menteri itu terhadap aspirasi, keinginan serta impian penduduk Sabah selama ini.

“Semoga berita baik ini disusuli dengan pelaksanaan 21 perkara yang dikemukakan Kerajaan Sabah dan Sarawak pada Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Untuk Menyemak Pelaksanaan Perjanjian Malaysia (MA63) ketika Kerajaan PH lalu,” jelas beliau.

Terdahulu, bekas menteri yang menjaga Sabah dan Sarawak, Datuk Seri Dr Maximus Ongkilili mencadangkan agar jawatankuasa bersama peringkat tertinggi dilibatkan bagi menyelesaikan hak negeri-negeri Borneo ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: