Tempatan

Warga Bangladesh, Indonesia Jadi Saudagar Sayur, Ceroboh 80 Hektar Tanah Kerajaan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

PUCHONG, 27 Oktober 2022 – Warga Bangladesh dan Indonesia didakwa menceroboh kira-kira 80 hektar tanah milik kerajaan Selangor di Kampung Sungai Rasau, Batu 8, Puchong.

Mereka didakwa membuka kebun haram bagi dipasarkan ke Pasar Borong Seri Kembangan dan kedai-kedai runcit di sekitar Puchong.

Menurut seorang penduduk sekitar, pencerobohan itu dipercayai didalangi antara tujuh hingga 10 warga tempatan dengan kira-kira 30 penceroboh dibayar untuk menguruskan kebun-kebun di situ.

“Kebun-kebun sayur di situ memang haram berdasarkan notis amaran yang ditampal Pejabat Daerah dan Tanah Sepang yang menyatakan: “Kesalahan melakukan aktiviti tanaman kontan di atas tanah kerajaan di bandar Cyberjaya, Mukim Dengkil, Daerah Sepang”. Notis tersebut ditampal di pondok-pondok di kawasan itu.”

“Namun sehingga kini pondok tersebut terus beroperasi sebagai tempat tinggal serta tempat pengasingan sayur-sayuran yang lengkap dengan alat timbangan, enjin pam air untuk sprinkler serta traktor kecil,” ceritanya.

Tambahnya lagi, pernah seorang warga Indonesia yang menguruskan kebun di situ memberitahunya, kebun tersebut mendapat pulangan sekitar RM100,000 sebulan.

Seorang lagi penduduk sekitar yang turut memiliki tanah berhampiran situ memberitahu, dia dan keluarga pernah diganggu oleh warga Indonesia yang menceroboh tanah tersebut.

“Mereka datang menyerang, memaki hamun, mengugut untuk mencederakan saya. Saya tidak tahu apa sebab dia ugut, sedangkan dia yang menceroboh tanah saya.”

“Saya buat laporan polis pada 2015, 2019, 2021 dan 2022. Dalam laporan yang dibuat di Balai Polis Putra Perdana, Puchong saya menjelaskan apa yang berlaku. Tetapi setakat ini, saya dapati belum ada sebarang tindakan,” katanya.

Pencerobohan sejak tujuh tahun lalu itu membabitkan kawasan yang terletak di bawah pencawang elektrik sehingga ke sebelah Lebuhraya Maju (MEX) di Pulau Meranti.

Sebahagian lagi terletak bersebelahan kawasan perindustrian yang turut menempatkan Ibu pejabat Pasukan Bantuan dan Penyelamat Khas Malaysia (SMART) di Jalan Pulau Meranti.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: