Antarabangsa

Wanita Kristian Menangis Terharu Setiap Kali Terdengar Nama Nabi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

LONDON, 01 September 2021 – Seorang wanita yang menganut agama Kristian Katolik membuat pengakuan bahawa tidak dapat menahan emosi sebak setiap kali beliau terdengar nama Nabi Muhammad S.A.W.

Peristiwa yang penuh emosi ini berlaku di hadapan para pendakwah One True Message Foundation yang sedang mengadakan rutin program dakwah jalanan mereka di kota London.

BACA: KP Kesihatan Sahkan Berlaku Kes Radang Jantung Selepas Vaksin

BACA: Kes Sejumlah Banduan Kajang Mati Lepas Dos Ketiga, PPIM Tuntut Penjelasan

BACA: Dos Penggalak Mungkin Bawa Penderitaan: “Istikharah Dahulu” – Mufti Perlis

Tidak seperti ajaran gereja, beliau meyakini bahawa Nabi Isa itu bukanlah Tuhan, tetapi merupakan salah seorang daripada Pesuruh Allah. “Ianya agak tidak selari dengan apa yang agama saya ajarkan, tetapi ia lebih logik dari apa yang para penganut Katolik imani.”

Apabila ditanya pendapat beliau mengenai Nabi Muhammad, beliau menjawab, “Tuhan merahmatinya. Itu sahaja yang saya cakap. Tuhan merahmatinya dan semua yang beriman dengannya.”

“Kamu buat saya menangis setiap kali kamu menyebut namanya,” katanya sambil menangis.

“Apabila kamu menyebut Jesus saya tidak menangis, tetapi saya menangis apabila kamu menyebut namanya. Seperti itulah saya mengambil berat mengenainya, kamu tahu?”

“Sejurus sahaja kamu sebut Muhammad, ia meruntun hati saya. Dan ia berlaku setiap masa.”

“Baginda adalah seseorang yang begitu warak, terlalu warak. Dengan apa yang telah baginda lakukan untuk umatnya.”

Wanita itu kemudian memilih untuk memeluk agama Islam, dengan mengikuti lafaz kalimah syahadah yang diajarkan oleh pendakwah muda tersebut.

Beberapa netizen yang telah menyaksikan video itu memberitahu wanita ini mengingatkan mereka pada sepotong ayat al-Quran:

“Dan apabila mereka mendengar Al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah (Muhammad, S.A.W), engkau melihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan apa yang mereka ketahui (melalui Kitab mereka) dari kebenaran (Al-Quran), sambil mereka berkata: “Wahai Tuhan kami, kami beriman (kepada Nabi Muhammad dan Kitab Suci Al-Quran), oleh itu tetapkanlah kami bersama-sama orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui kebenaran Nabi Muhammad s.a.w).” (Surah al-Maidah 5:83)

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: