Tempatan

Walaupun Tanah Milik Melayu Pulau Pinang Cuma 27%, DAP Nafi Pinggirkan Melayu

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BUKIT MERTAJAM, 15 Jun 2023 – Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven S I’llim telah membuat penafian berkenaan dakwaan PAS yang menyatakan bahawa nasib orang Melayu di Pulau Pinang adalah seperti orang Palestin yang hidup di bawah penindasan Zionis.

Dalam sebuah hantaran di laman Facebook miliknya kelmarin, Sim telah menyatakan bahawa pengunaan data dalam membentuk persepsi negatif terhadap kerajaan Pulau Pinang adalah sesuatu yang mengecewakan.

BACA JUGA: Kementerian Pertimbang Adakan “Festival Tuak” Di Sarawak

BACA JUGA: NGO Mahu Kerajaan Terima ICERD, Henti Menghukum LGBT

BACA JUGA: Projek Hidroelektrik TNB Bakal Tenggelamkan Tapak Arkeologi Prasejarah Kelantan

Ujarnya lagi, Pulau Pinang kini sedang meneruskan usaha-usaha dalam memastikan kemajuan yang lebih adil di negeri itu supaya tiada pihak yang ketinggalan.

Beliau turut menyatakan bahawa Kerajaan Negeri menjunjung tinggi ajaran Islam dalam membangunkan masyarakat Melayu dengan membasmi kemiskinan serta meningkatkan penyertaan golongan belia dalam sains, teknologi, kejuruteraan serta pendidikan matematik.

Tambah Sim lagi, Kerajaan Negeri turut memberikan tumpuan terhadap meningkatkan peluang kerja di sektor-sektor yang bernilai tinggi, membina perumahan mampu milik serta membantu hak-hak kediaman bagi kampung-kampung yang lama seperti Kampung Tok Subuh.

Kenyataan Sim tersebut telah dibuat setelah PAS melalui saluran medianya menyatakan bahawa pemilikan tanah orang Melayu di Pulau Pinang hanyalah sekadar 27 peratus dan Kerajaan Negeri sedang menjalankan rampasan secara sistematik dalam mengambil kawasan-kawasan yang pada asalnya dihuni oleh orang Melayu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: