Wakil UMNO Sanggah Setiausaha Agung, ROS Masih Siasat UMNO
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
PUTRAJAYA, 04 Februari 2023 – Aizat Fikri Nasir, ahli parti UMNO telah menyangkal kenyataan yang dibuat Setiausaha Agung parti itu mengenai siasatan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) terhadap isu pelanggaran perlembagaan parti tersebut.
Katanya, beliau telah menerima surat daripada ROS bertarikh 26 Januari yang menyatakan bahawa jabatan itu sedang menyemak dan menyiasat aduan tersebut.
“Kenyataan yang dibuat oleh Setiausaha Agung parti (Ahmad Maslan), mencadangkan isu itu telah diselesaikan adalah terlalu awal,” ujar Izzat.
Tambah beliau, “Saya harap dia tidak mendahului ROS atau mengganggu siasatan yang sedang dijalankan. Ini boleh menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap jabatan itu.”
BACA JUGA: Esok, Forum Peradaban Alam Melayu Anjuran PEMBELA & DBP
BACA JUGA: WASPADA! Sindiket Penyamaran Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
BACA JUGA: Muslim Haram Sambut Upacara Keagamaan Lain Agama, MAINJ Keluar Fatwa
Pada 31 Januari lalu, Ahmad Maslan mengeluarkan kenyataan bahawa ROS telah mengesahkan dalam pertemuan bersama wakil UMNO bahawa usul tidak bertanding dua jawatan tertinggi parti berkenaan tidak melanggar mana-mana peraturan.
Samudera.my sebelum ini, melaporkan laporan oleh dua ahli UMNO kepada ROS berhubung usul tambahan dua jawatan yang tidak dipertanding, dipercayai bertentangan dengan perlembagaan parti itu.