Vernakular: Hak Kita Dirampas, Sekolah Agama Macam Anjing? – CIJ
KUALA LUMPUR, 15 Mei 2023 – “HAK KITA, DIRAMPAS, KITA PULA DIGELAR ANJING????” tempelak Cikgu Izzat Johari (CIJ), Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Amal Sejagat Malaysia (Amal Sejagat).
Perkara ini disuarakannya bagi mengulas komen seorang pengguna media sosial yang menyanjung pelajar sekolah vernakular dan dalam masa sama menghina pelajar sekolah agama dengan menggelar mereka seperti anjing.
BACA JUGA: Ribuan Nelayan Demonstrasi Bantah Projek 3 Pulau Buatan
BACA JUGA: “Atlet Transgender Mahu Jalani Hidup Seperti Biasa, Namun Kami Seperti Diburu”
Bukan itu sahaja, pengguna media sosial tersebut turut mendakwa bahawa pelajar sekolah vernakular lebih pintar daripada pelajar sekolah tahfiz.
Menerusi Facebooknya, CIJ turut menyertakan tangkap layar cacian berkenaan. Antara kenyataan yang dilemparkan oleh pengguna media sosial itu adalah seperti berikut:
“kanak-kanak sekolah vernakular lebih pintar dan rajin daripada sekolah tafiz dan sekolah agama, tutup dulu sekolah dan institute agama bazir duit saja.”
“vernacular students always intelligent, then they all so chill up bro don’t worry about stupid we are like moon and they are like dog.”