Antarabangsa

Uttar Pradesh Haramkan Edar, Jual Produk Diperakui Halal

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

UTTAR PRADESH, 21 November 2023 – Pihak berkuasa di Uttar Pradesh telah melarang pengedaran dan penjualan produk yang diperakui halal dan mengatakan ia menyalahi undang-undang, memetik laporan agensi berita antarabangsa.

Kerajaan Negeri tersebut dalam satu pemberitahuan pada Sabtu (18 November) lalu menyatakan bahawa, produk bakeri, gula, minyak makan dan produk lain yang dilabelkan sebagai ‘disahkan halal’ oleh syarikat yang mengeluarkannya akan dilarang daripada pengedaran dan penjualan.

Menurut pemberitahuan itu, “Pensijilan halal produk makanan adalah sistem selari di mana ia menimbulkan kekeliruan mengenai kualiti barangan makanan.”

Pemberitahuan itu juga turut mengatakan, Pihak Berkuasa Keselamatan dan Piawaian Makanan India (FSSAI) ialah badan tertinggi negara yang bertanggungjawab menentukan piawaian bagi kebanyakan produk makanan yang dijual di negara itu dan menentukan piawaian yang harus dipenuhi oleh produk makanan.

Jurucakap BJP, Rakesh Tripathi berkata, “Agama tidak boleh dibawa ke dalam makanan. Terdapat banyak barangan seperti pakaian, gula dan lain-lain yang dicap sebagai halal, yang menyalahi undang-undang.”

Memetik laporan sama, Uttar Pradesh merupakan negeri terbesar dan paling ramai penduduk di India di mana ia telah diperintah oleh Yogi Adityanath, seorang sami Hindu terkenal dan ahli parti nasionalis, Parti Bharatiya Janata (BJP) yang dipimpin oleh Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Pengkritik mendakwa Adityanath dan kerajaannya mempunyai agenda pemecah belah terhadap populasi Muslim yang besar di negeri tersebut biarpun mereka sentiasa menafikan dakwaan tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: