Antarabangsa

US Gesa Israel Keluarkan Hasil Siasatan Keganasan Di Pengebumian Shireen Abu Akleh

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 17 Jun 2022 – Kerajaan Amerika Syarikat menggesa pihak Israel untuk mengemukakan hasil siasatan terhadap keganasan yang berlaku pada pengebumian wartawan TV Al-Jazeera yang terbunuh, Shireen Abu Akleh.

Rabu lepas, polis Israel memaklumkan bahawa siasatan dalaman terhadap kejadian itu telahpun selesai. Namun, tiada sebarang hasil siasatan dikemukakan.

Menurut laporan media tempatan, tiada pegawai akan menghadapi prosiding tatatertib akibat perbuatan mereka dalam insiden itu.

Polis melancarkan siasatan berikutan bantahan antarabangsa selepas keranda wartawan veteran itu hampir dijatuhkan apabila polis menyerang pengusung dan memukul beberapa orang penduduk dengan belantan, semasa pengebumiannya bulan lepas.

Shireen, 51 tahun, merupakan warga Palestin-Amerika telah ditembak mati oleh tentera Israel sewaktu membuat liputan operasi ketenteraan Israel di kem pelarian Jenin, Tebing Barat. Namun, Perdana Menteri Israel, Naftali Bennett menafikan kenyataan itu malah menuduh Shireen mungkin terbunuh akibat tembakan sesat penduduk Palestin.

Abang kepada Shireen Abu Akleh, Anton, menolak sepenuhnya siasatan polis berhubung rusuhan di pengebumiannya.

“Kami tidak peduli apa yang Israel katakan atau lakukan, semuanya jelas. Polis adalah penceroboh,” katanya. “Mereka cuba menutup tindakan dan kesilapan mereka.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: