NGO

UNESCO: Orang Melayu Sedia Padam Sejarah Bumi Sendiri? – Ketua Wirawati PERKASA

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Kenyataan Media Wirawati Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA)
06/02/2024

Wirawati Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia merujuk kepada kenyataan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang memaklumkan bahawa pihaknya sedang merangka untuk Kampung Baru Cina di Negeri Selangor diwartakan sebagai Tapak Warisan UNESCO.

Wirawati PERKASA melihat tindakan ini lebih kepada cubaan mendapatkan status tanah Kampung Baru Cina ini secara kekal tanpa melalui procedures biasa didalam negara ini seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.

Malah tindakan yang diambil oleh Menteri ini juga dilihat lebih kepada berat sebelah kerana hanya mementingkan Kampung Baru Cina sedangkan banyak lagi kampung-kampung Melayu seperti Kampung Baru di tengah Kuala Lumpur yang lebih lama wujud dari Kampung Baru Cina ini.

Malah tindakan ini juga bertujuan untuk bagi mengangkat naratif orang-orang Cina yang membangunkan Selangor dan Kuala Lumpur khususnya dan negara ini amnya dan menidakkan sumbangan bangsa Melayu.

Wirawati PERKASA tidak terkejut dengan kenyataan yang dibuat oleh Nga Kor Ming kerana ianya merupakan satu jalan untuk menghapuskan sumbangan sesuatu etnik sesuatu kaum walaupun mereka mengaku mereka demokrasi kepada semua kaum di Malaysia.

Orang-orang Melayu juga perlu dinasihatkan supaya berhati-hati kerana jika cadangan ini diterima untuk dilaksanakan bermakna kita bersedia untuk memadamkan sejarah orang Melayu di bumi sendiri.

Wirawati PERKASA juga mengajak semua pihak agar menyatakan bantahan secara terbuka kepada cadangan yang mengarut ini kerana identiti sesebuah etnik akan terhapus dengan pengiktirafan yang dibuat oleh kerajaan melalui KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN (KPKT).

NORA FAZLIFAH TUKIMAN
KETUA WIRAWATI
PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Samudera.my

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: