PRU-15

UMNO Akan Sokong Anwar Ibrahim Jadi PM – Nikkei

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 24 November 2022 – Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) akan menyokong Presiden Pakatan Harapan, Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri ke-10 negara, lapor portal antarabangsa, Nikkei Asia.

“UMNO, yang pada mulanya enggan menyokong sama ada Anwar atau Muhyiddin, terpaksa mengambil bahagian dalam Kerajaan Perpaduan oleh Yang di-Pertuan Agong di tengah-tengah kebuntuan. Kedua-dua pemimpin itu sedang bertanding untuk menjadi Perdana Menteri seterusnya,” lapor portal itu lagi.

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dalam satu kenyataan media menegaskan untuk menyokong dan menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong supaya Barisan Nasional menyokong dan mengambil bahagian dalam Kerajaan Perpaduan yang bukan diterajui oleh Perikatan Nasional bagi memastikan sebuah Kerajaan yang stabil dan makmur dapat dibentuk.

Sebelum itu, Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk Kerajaan.

“Setakat ini BN bersetuju kekal sebagai pembangkang,” kata Perdana Menteri sementara, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dalam Twitternya pada 22 November lalu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: