Ukraine-AS Beri Dana Ketenteraan RM22 Bilion, Pentagon Perkenal Kenderaan Kombat Termoden
Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
AMERIKA SYARIKAT, 21 Januari 2023 – Kerajaan Amerika Syarikat (AS) telah meluluskan tambahan sebanyak $2.5 bilion untuk bantuan ketenteraan bagi Ukraine, termasuklah ribuan unit roket dan peluru bersama-sama dengan penghantaran kenderaan tempur Stryker.
Ini merupakan kali pertama kerajaan AS meluluskan penghantaran kenderaan tempur Stryker itu ke Ukraine.
BACA JUGA: Ramalan Cuaca Sempena Tahun Baharu Cina
BACA JUGA: Semakan Undang-Undang Pelawak Crackhouse Comedy Ditolak
BACA JUGA: Eksport Minyak Sawit: Malaysia Perlu Tangani Sekatan & Kempen Negatif Eropah
Pentagon telah membuat pengumuman berkenaan pakej persenjataan baharu itu pada Selasa lalu dan ianya adalah merupakan pengeluaran kali ke-13 oleh inventori Jabatan Pertahanan negara tersebut sejak bermulanya konflik di Ukraine pada tahun lalu.
Selain daripada 90 buah Strykers beserta beberapa kenderaan tempur berbeza, AS turut akan membekalkan 95,000 unit 105-milimeter peluru meriam, peluru tambahan untuk platform roket multi-pelancaran HIMARS, beberapa bekalan untuk National Advanced Surface-to-Air Missile System (NASAMS), lapan unit sistem pertahanan udara Avender dan beberapa peralatan lain.
Kenderaan tempur Stryker telah mula digunakan pada tahun 2002 di mana ianya disertakan dengan pelbagai jenis senjata seperti mesingan M2, pelancar bom tangan MK19, serta “chaingun” model MK44 Bushmaster.
Menurut Pentagon, Strykers yang akan dihantar ke Ukraine turut disertakan dengan 20 unit “landmine roller”.
Jabatan Pertahanan AS turut menyatakan yang pihak mereka juga akan menghantar kenderaan tempur Bradley sebanyak 59 unit sebagai tambahan bagi 50 unit lain yang telah diluluskan pada awal tahun ini.
Walaupun AS telahpun meluluskan bantuan sebanyak lebih dari $27 bilion dalam bentuk bantuan ketenteraan kepada Ukraine pada tahun lalu, namun para pegawai Ukraine terus menerus membuat kenyataan agar AS menghantar senjata yang lebih canggih dan berkuasa untuk mereka.