Antarabangsa

UAE Akan Sertai Sambutan Hari Kemerdekaan Israel

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TEL AVIV, 18 April 2022 – Emiriah Arab Bersatu (UAE) buat pertama kalinya akan menyertai pertunjukan penerbangan sempena sambutan Hari Kemerdekaan Israel setelah kedua-dua negara tersebut menormalisasikan hubungan mereka.

Pertunjukan penerbangan yang dinamakan Peace Fly by 2022 tersebut akan diketuai oleh Persatuan Juruterbang Laluan Udara Israel dan dijangka melibatkan semua syarikat penerbangan Israel dan dua syarikat UAE iaitu Etihad Airways dan Wizz Air Abu Dhabi.

BACA: Boikot Ekonomi Umat Islam Kerana Mereka Tak Hormat Lembu – Pramod Muthalik

BACA: Shah Alam, Klang, Parit Buntar Tenggelam 2030?

BACA: Tarian Hampir Telanjang, Pesta Di Bumi Anbiya’

Penerbangan awam tersebut akan menyertai pertunjukan tradisional pesawat tentera yang akan berlepas pada 5 Mei jam 12:45 tengah hari dari Acre, di utara Israel ke Ashdod, di selatan Israel menandakan Hari Kemerdekaan ke-74 negara tersebut.

“Ini adalah penerbangan juruterbang yang membuktikan bahawa kerjasama serantau boleh dilaksanakan, bukan sekadar pengisytiharan,” kata Kapten Maydan Bar, Pengerusi Persatuan Juruterbang Laluan Udara Israel.

“Saya dengan sepenuh hati mengucapkan tahniah kepada juruterbang dari negara-negara Teluk yang datang untuk mengambil bahagian dalam penerbangan keamanan kami dan berharap kerjasama yang berterusan dan semakin meningkat antara kami. Lebih-lebih lagi, penerbangan ini dengan jelas menunjukkan kekuatan penerbangan awam Israel.”

Sebelum ini, duta pertama UAE ke Israel, Muhammad Al-Khaja memuji penduduk Israel sangat baik dan dia amat terkejut melihat Tel Aviv mempunyai masjid semasa lawatan tersebut.

Dalam lawatan tersebut, dia juga berharap agar Israel menjadi kuasa terbesar di Asia Barat.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: