Antarabangsa

Turki Bakal Sertai Afrika Selatan, Heret Israel Ke Pengadilan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JUMAAT, 8 OGOS 2024 – Turki telah bercadang untuk menyertai secara formal kes pembunuhan beramai-ramai di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague.

Perkara tersebut telah dinyatakan oleh Menteri Luar Turki, Hakan Fidan sewaktu dalam sebuah sidang akhbar di Kaherah pada Rabu lalu.

Kes tersebut telah dimulakan pada Disember tahun lalu oleh Afrika Selatan, di mana dalam kes tersebut Israel telah menerima pertuduhan melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin di Gaza.

Mahkamah masih belum mengeluarkan keputusan akhir, namun telah mengarahkan Israel untuk tidak melakukan sebarang tindakan yang menyalahi UN Genocide Convention.

Dalam kenyataan pada Rabu lalu, Fiden menegaskan bahawa Timur Tengah tidak lagi boleh bertoleransi terhadap “siri provokasi” Israel, termasuklah serangan entiti tersebut terhadap Lubnan dan Iran.

Menerusi kenyataan yang sama, beliau juga menyatakan bahawa entiti Yahudi itu sedang melakukan keganasan serta “expansionism” dan pada masa yang sama Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pula sedang mensasarkan untuk “merosakkan seluruh rantau itu”.

Fidan turut mengutuk tindakan pembunuhan Ismail Haniyeh di Tehran pada minggu lalu. Ujarnya lagi,

“Barat telah pun kehilangan keunggulan moral di rantau ini berikutan isu Israel”.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: