NGO

Tuntutan Pergantungan Penetapan TH Di Bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 – MACSA

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

Merujuk kepada keputusan jemaah menteri yang memutuskan untuk menetapkan Tabung Haji sebagai sebuah institusi kewangan Islam di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (APKI), kami NGO-NGO yang disenaraikan di bawah, menuntut Menteri yang bertanggungjawab ke atas TH serta Menteri Kewangan menggantungkan keputusan tersebut dengan segera.

Kami amat dukacita kerana keputusan untuk mengawal selia Tabung Haji seperti bank-bank Islam lain telah dibuat dengan tergesa-gesa tanpa konsultasi awam; seolah-olah tidak peka bagaimana ianya boleh mengubah konsep model perniagaan yang diilhamkan oleh pengasas TH; sekaligus menafikan peranan TH dalam memperkasa serta membangun ekonomi Muslim.

Keputusan Jemaah Menteri juga dilihat bercanggah dengan penubuhan RCI oleh Jemaah Menteri sendiri yang diumumkan sehari sebelum itu; yang antara lain bagi mengkaji semula pelan pemulihan TH.

Justeru penetapan TH di bawah APKI adalah pra matang dan boleh memprejudis siasatan RCI dan meletakkan mandat Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) sebagai lemah dan tidak bermakna. RCI seharusnya diberikan tempoh yang wajar bagi menyempurnakan siasatannya sebelum apa-apa keputusan penetapan TH tersebut diumumkan.

Atas dasar di atas, kami yang nama organisasi tertera di bawah, menggesa keputusan penetapan TH sebagai institusi perbankan Islam digantung dan ditangguh dengan segera sehingga siasatan RCI selesai dan sehingga pandangan semua pihak termasuk pakar dan badan-badan NGO Islam diambil kira.

Yang benar,

Tuan Hj Ar. Mohd Azli bin Md Yusof
Setiausaha Agung Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM)

Tn Haji Abd Halim Husin
Pengerusi,
Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM)

Tn Haji Aminuddin Yahaya,
Pengerusi,
Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA)

Datuk Dr Hassan Mad,
Setiausaha Agung,
Majlis Perundingan Melayu (MPM)

Cikgu Mohd Zai Mustafa,
Pengerusi,
GERAKAN PEMBELA UMMAH (UMMAH) dan Gabungan Ngo Bersekutu.

Prof Madya Dr Rafidah Hanim,
Pengerusi Bersama,
Gabungan Pertubuhan Masyarakat Sivil Malaysia bagi Proses Semakan Berkala Sejagat (MACSA)

Prof. Dato’ Dr. Ahamed Kameel Mydin Meera
Pengerusi
Pergerakan Keadilan Monetari Malaysia (MMJ)

Turut Menyokong:

1. Dato Faridah A Jabbar,
Yang Dipertua Persatuan Usahawan Wanita Bumiputra Malaysia (USAHANITA)

2. Datuk Seri Sharif Busrah,
Pengerusi ADAB Sarawak.

3. Abd Kareem B Said Khadaied.
Ketua Aktivis Gabungan Demi Melayu

5. Nor Razizi
Presiden Persatuan Pengusaha Industri Bengkel Malaysia

6. Mohd Azeman Bin Omar
Presiden Himpunan Anak Kedah Malaysia

7. Dato Azlin Ahmad Shaharbi
Presiden Persatuan Wanita Bumiputera Perniagaan & Profesyen (PENIAGAWATI)

8. Mohamad Jamalee Bashah
Presiden Persatuan Patriots Malaysia (PATRIOTS)

9. Mahmud Hishamuddin
Setiausaha Agung MUAFAKAT

10. Hajah Rokiah Bte Hassan
Presiden Persatuan Pengusaha Percetakan Melayu Malaysia

11. Raja Petra Marudin
Naib Presiden PEKEMA

12. Hj Hanafee Yusoff,
Presiden Persatuan Pengusaha Kayu Kayan dan Perabut Bumiputera Malaysia

13. Hajah Asral Widad Bt. Ahmad Asnawi
Pengerusi Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah (PACU)

14. Cr. Azlina Binti Mohamed Isa
Presiden Persatuan Kebajikan OKU Pendengaran Kwsn Seputeh (PKOPKS)

15. Dato’ Nor Haliza Hussain
Pengerusi Dewanita Malaysia Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM)

17. Dato Md Pishal Ab Raub
Presiden Muslim Business Association of Malaysia (MUBIN)

18. Sukmamurni abdul manap
Presiden Pertubuhan Pembangunan Dan Inovasi Wanita (WADI)

19. Ustaz Dr Zamihan Mat Zin Al Ghari
Presiden Aswaja Malaysia

20. Datuk Dr Mohd Ghazali bin Md Noor
Convenor Global Waqf Conference

21. Dato Najmudeen. kader
Presiden Liga Muslim

22. Bashir Ahmad Bin Kassim
Pengerusi Dewan Perniagaan Muslim Sabah (DPMS)

23. Datuk Nadzim Johan.
Ketua Aktivis. Persatuan Pengguna Islam M’sia (PPIM).

24. Zaid Gregory Bramadesa Bin Philip
Naib Presiden & Ketua Biro Hal Ehwal Islam Pertubuhan Pengerak Selangor Baru

25. Haji Jais Abdul Karim
Presiden MCW – Pemerhati Rasuah Malaysia

26. Muhammad Ali Rali Bin Abdullah
Ketua Biro Dakwah, Pendidikan Dan Kebajikan Persatuan Inspirasi Muallaf

27. Ruslan Zainal Abidin
Setiausaha Agung Gagasan Melayu Perak

28. Suzana Othman
Pengerusi Pertubuhan Kesedaran Melayu dan Islam (KEMUDI)

29. Puan Sri Fatini Yaacob
Pengerusi Eksekutif Yayasan Kasih Tauhid

30. Muhammad Sharif Pono
Pengerusi Sukarelawan Bela Islam

Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Samudera.my*

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: