Tempatan

Trek Stadium Darul Makmur Dibuka Percuma Mulai 26 Jun

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUANTAN, 21 Jun 2023 – Trek balapan di Stadium Darul Makmur akan dibuka secara percuma mulai 26 Jun ini.

Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, YB. Fadzli Mohamad Kamal berkata, trek itu dibuka kepada orang awam pada setiap Isnin hingga Jumaat dari jam 4 petang hingga 7 malam.

Beliau menasihatkan orang ramai agar memakai pakaian dan kasut sukan yang bersesuaian, serta diingatkan agar tidak menggunakan padang untuk sebarang aktiviti.

BACA JUGA: TH Hanya Benarkan Pemindahan Wang Ke Akaun Sendiri Julai Ini

BACA JUGA: PN Janji Adakan Pusat Jagaan Kanak-Kanak Seluruh Selangor Jika Menang PRN

BACA JUGA: Kerajaan Mesir ‘Robek’ Tanah Perkuburan Islam, Termasuk Makam Imam Syafie

Menurut beliau, trek tersebut telah dinaik taraf selama 11 bulan dengan kos bernilai RM4.6 juta. Justeru orang awam yang datang diminta menjaga kebersihan stadium yang dibuka pertama kali untuk orang ramai beriadah.

“Ini adalah kali pertama kita buka peluang sebegini. Jadi kita harap sangat orang ramai bertanggungjawab untuk menjaga kemudahan yang disediakan.”

“Kita memberi penekanan dalam mengekang aktiviti vandalisme. Jangan bawa barang-barang tajam, api atau air bancuhan yang boleh merosakkan trek ini,” katanya.

Ulasnya lanjut, pihak stadium meletakkan tempoh percubaan bagi penggunaan trek secara terbuka dan ia bergantung kepada sikap dan cara masyarakat menggunakan trek dengan baik atau sebaliknya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: