Antarabangsa

Transgender 10 Tahun Galak Kanak-Kanak Senasib Jadi Sepertinya

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

NEW YORK, 17 September 2022 – “Memang bagus untuk memiliki gelaran itu,” kata seorang kanak-kanak transgender berumur 10 tahun, Noella McMaher, yang dikenali sebagai model transgender termuda di pentas peragaan New York Fashion Week.

“Ia menunjukkan bahawa saya sebenarnya menunjukkan kepada orang lain dan kanak-kanak lain bahawa menjadi transgender itu bukan sesuatu yang buruk dan teruk,” katanya lagi.

Menurut portal antarabangsa, pada usia sekitar dua tahun, Noella menyatakan kepada ibu bapanya bahawa dia merupakan seorang gadis dan mereka menyokongnya.

Oleh itu, bagi kedua ibu bapanya, sudah menjadi tanggungjawab mereka untuk memupuk impiannya, termasuk menjadi wakil penyokong untuk kanak-kanak trans yang lain.

Ketua Kluster Undang-Undang, Pertubuhan Advokasi dan Hak Asasi Wanita Antarabangsa Malaysia (i-Aware), Mardhiyyah Johari menegaskan bahawa jantina seseorang adalah jantina biologi.

“Jika dilahirkan lelaki, maka dia berjantina lelaki. Begitu juga perempuan,” kata beliau lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: