Tempatan

Tragedi Banjir Baling: Syahid Banjir Baling Berhasrat Balik Kampung Jaga Mertua Strok

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BALING, 07 Julai 2022 – Salah seorang mangsa korban tragedi banjir di Baling, Nurul Hanis Abu Hassan yang sebelum ini menetap di Pulau Pinang bersama suaminya, membuat keputusan pulang ke kampung untuk menjaga ibu mertuanya yang menghidap strok.

“Saya dan isteri tinggal di Pulau Pinang, namun isteri saya minta balik ke kampung dan tinggal dengan emak untuk jaga dia sebab emak saya kena strok.”

Perkara itu dikongsi oleh suaminya, Khairul Ashraf Nor Azman yang baru sahaja mendirikan rumah tangga pada Februari lalu dan isterinya, Nurul Hanis juga sedang mengandungkan anak pertama mereka.

Beliau turut memaklumkan bahawa kali terakhir bertemu dengan isterinya adalah pada minggu lepas dan isterinya itu sempat meninggalkan pesan supaya menjaga diri baik-baik.

“Sebelum kejadian kami juga sempat berbalas mesej dan dia meminta saya membelikan dia makanan dan macam-macam benda lain, tapi bila kejadian ini berlaku tak sempat saya nak tunaikan permintaan dia,” kata Khairul Ashraf.

Khairul Ashraf menjelaskan bahawa beliau sedang bekerja di Pulau Pinang dan sepatutnya pulang pada 05 Julai bagi membawa isteri melakukan pemeriksaan kandungan, namun sejurus menerima panggilan dari kakaknya mengenai kejadian banjir itu, beliau terus bergegas pulang.

Walau bagaimanapun apabila sampai, rumah tersebut telah hilang dibawa arus deras dalam kejadian banjir yang melanda Kampung Iboi, Kupang di Baling.

Sehari selepas kejadian, mayat Nurul Hanis Abu Hassan, 23, dan ibu mertuanya, Salmah Mat Akib, 53, ditemui maut dalam keadaan berpelukan pada pukul 9.30 pagi oleh anggota bomba di bawah timbunan batang pokok berhampiran Sungai Iboi, kira-kira 100 meter dari lokasi rumah mereka.

“Kita mengeluarkan mayat pertama iaitu Nurul Anis diikuti ibu mertuanya, Salmah,” kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Sayani Saidon.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: