Antarabangsa

Toksik PFAS Lebih Tinggi Penyerapan Pada Kulit – Kajian

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BIRMINGHAM, 2 JULAI 2024 – Sebuah kajian terkini yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik dari University of Birmingham telah mendapati bahawa bahan toksik yang dikenali dengan istilah ‘perfluoroalkyl substances’ atau PFAS adalah sejenis bahan yang mempunyai kadar penyerapan yang sangat tinggi oleh kulit manusia, lebih tinggi daripada yang dianggarkan sebelum ini.

Kajian tersebut telah menunjukkan bahawa bahan kimia merbahaya tersebut jika digunakan menerusi kulit, ianya menjadi sumber pendedahan kepada bahan-bahan kimia yang merbahaya.

PFAS adalah merupakan sejenis bahan kimia yang terdiri daripada sekitar 16,000 bahan yang lazimnya digunakan untuk menjadikan sesuatu barangan itu bersifat kalis air, kalis kotoran serta kalis haba.

Bahan kimia yang sama itu juga turut dikenali dengan istilah “forever chemicals” berikutan ianya tidak terurai secara alami dan telah dijumpai terkumpul di dalam tubuh manusia.

Bahan yang sama juga dikatakan mempunyai kaitan dengan pelbagai masalah kesihatan termasuklah pengurangan kadar bilangan sperma, masalah tiroid serta masalah hati. Bahkan ianya juga dikatakan mempunyai hubungan dengan masalah kecacatan kehamilan serta kanser.

Bahan PFAS itu lazimnya digunakan oleh para pengguna secara terus kepada kulit menerusi barangan-barangan seperti bahan balutan, pakaian kalis air, barangan bayi, barangan solekan,  barangan kebersihan harian dan lain-lain barangan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: