Antarabangsa

Tiada Diplomasi Dengan Israel Tanpa Negara Palestin – Arab Saudi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RIYADH, 08 FEBRUARI 2024 – Arab Saudi telah memberitahu Amerika Syarikat (AS) hubungan diplomatik dengan Israel tidak akan dibuka tanpa sebuah negara Palestin yang merdeka.

Kementerian Luar Arab Saudi dalam satu kenyataan pada Rabu baru-baru ini menyatakan, gesaan itu dibuat agar anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang tidak mengiktiraf negara Palestin di sempadan 1967 dengan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu negaranya untuk berbuat demikian.

Ia adalah merujuk kepada negara yang rakyat Palestin telah lama berusaha untuk menubuhkan di kawasan yang diduduki oleh penjajah haram Israel dalam peperangan tahun 1967 iaitu Tebing Barat termasuk Baitulmuqaddis Timur dan Semennjung Gaza.

Kenyataan sama turut menambah, “pencerobohan Israel” terhadap Semenanjung Gaza juga mesti dihentikan dan tentera Zionis Israel mesti berundur dari wilayah itu.

Memetik samudera.my, Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan pada Januari lalu ada mengatakan bahawa negara itu tidak akan menormalisasikan hubungan dengan Zionis Israel tanpa penubuhan negara Palestin.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: