Tempatan

Thaipusam 2022 : Jika Larang Perarakan, Lembaga Waqaf Hindu Akan Langgar Arahan Pusat – P Ramasamy

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

GEORGETOWN, 09 Disember 2021 -“Jika Halimah masih bertegas tidak benarkan perarakan pedati, maka PHEB tiada pilihan lain melainkan langgar arahan kerajaan persekutuan,” tegas beliau.

Lembaga Waqaf Hindu Negeri Pulau Pinang (PHEB) bertegas untuk mengadakan perarakan pedati berhala sempena sambutan Thaipusam pada 18 Januari depan meskipun mendapat larangan Kerajaan Persekutuan menerusi lisan Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique berikutan negara sedang berdepan ancaman varian baharu Covid-19, Omicron ketika ini.

Bertegas tidak dapat menerima larangan tersebut, Pengerusi PHEB Profesor Dr P Ramasamy menempelak larangan perarakan berhala tersebut sebagai tidak masuk akal.

Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang itu meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap keputusan larangan tersebut.

“Halimah, sebagai seorang yang bukan beragama Hindu, mungkin bukan dalam posisi untuk menghargai kepentingan perarakan pedati semasa Thaipusam.

Tanpa perarakan pedati, Thaipusam tidak ada kepentingan atau makna. Ia adalah aspek yang paling terserlah dalam Thaipusam bagi memuliakan Dewa Murugan, Tuhan Tamil.”

Profesor Ramasamy juga mengingatkan rakyat Malaysia bahawa semasa memuncaknya jangkitan Covid-19 pada Januari 2021 yang lalu, walaupun pada asalnya perarakan berhala telah dibatalkan oleh pihak kerajaan tetapi secara tiba-tiba dibenarkan bagi Batu Caves dan kuil-kuil Chettiar di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang setelah Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan campur tangan.

Prof Ramasamy berkata, “Saya rasa ada kemungkinan terdapat permainan politik dalam pengumuman ini.”

“Kemungkinan para pemimpin MIC akan gunakan pengumuman ini untuk memulakan rayuan bagi membenarkan perarakan pedati itu.”

“Dengan cara ini, dalam jangkaan untuk pilihan raya umum akan datang, MIC mungkin akan mendapat pujian kerana merayu bagi merubah keputusan kerajaan dan kerajaan mengambil langkah mengalah bagi meningkatkan kedudukan parti yang menyedihkan ini di hadapan mata masyarakat India.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: