Terkini

Terminal Utama KLIA Alami Gangguan Bekalan Kuasa

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SEPANG, 27 Julai 2022 – Bangunan terminal utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) juga mengalami gangguan bekalan kuasa sepertimana tempat-tempat lain di Lembah Klang pada hari ini.

Pasukan kejuruteraan Malaysia Airports kemudian bekerjasama dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi menyelesaikan isu ini, menurut ciapan Twitter Malaysia Airports.

“Kami memohon maaf kerana bangunan terminal utama KLIA sedang mengalami gangguan bekalan kuasa.”

“Pasukan kejuruteraan kami sedang berhubung rapat dengan TNB untuk menyelesaikan perkara itu.”

“Sila hubungi pasukan darat lapangan terbang kami untuk mendapatkan bantuan di titik sentuhan utama.”

Sementara itu, kami harap anda kekal tenang dan sabar. Kami menghargai pemahaman dan kerjasama anda,” tulis Malaysia Airports.

Setakat ini Tenaga Nasional Berhad (TNB) melalui hebahannya memaklumkan “beberapa kawasan” sedang mengalami gangguan bekalan dan pihaknya sedang cuba memperbaiki masalah ini, lapor sebuah portal.

“Pasukan teknikal kami sedang mengenal pasti punca kejadian. Usaha sedang giat dijalankan untuk memulihkan bekalan.”

“Kami mohon maaf di atas segala kesulitan dialami oleh pengguna semasa gangguan bekalan ini.”

Wakil dari Malaysia Airports Holding Berhad kemudian mengesahkan bahawa bekalan elektrik telah pun pulih seperti biasa sebentar tadi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: