Antarabangsa

Terlebih Janji, Korea Selatan Saman Tesla Lebih RM5 Juta

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

KOREA SELATAN, 04 Januari 2023 – Penyelia anti-amanah Korea Selatan telah mengeluarkan kenyataan bahawa pihak mereka akan mengenakan saman terhadap Tesla Inc berikutan kegagalan syarikat pengeluar kereta itu gagal untuk memaklumkan kepada pelanggan mereka berkenaan jarak pemanduan yang lebih pendek bagi kenderaan elektrik mereka di dalam suhu rendah.

Pihak Korea Selatan tersebut berkata bahawa jumlah saman yang akan dikenakan adalah sebanyak 2.85 bilion won, ataupun sekitar $2.2 juta.

Korea Fair Trade Commission (KFTC) menyatakan bahawa Tesla telah berlebihan dalam dakwaan mengenai kelebihan kereta keluaran mereka, dengan kenyataan bahawa kos bagi bahan api adalah lebih efektif berbanding dengan kenderaan yang menggunakan petrol.

Syarikat kenderaan elektrik itu turut mendakwa berkenaan jarak yang dapat dicapai oleh produk mereka dengan sekali pengecasan serta berkenaan dengan kehebatan Supercharger mereka.

Dakwaan-dakwaan yang disifatkan sebagai berlebihan tersebut telah dipaparkan di laman web rasmi Tesla sejak daripada Ogos 2019 sehingga baru-baru ini.

KFTC dalam suatu kenyataannya yang dikeluarkan pada Selasa lalu menyatakan bahawa jarak pemanduan bagi kenderaan elektrik tersebut menurun di dalam persekitaran cuaca sejuk sehingga 50.5 peratus dan ini adalah berbeza dengan kenyataan yang dikeluarkan di dalam iklan dalam talian mereka.

Pada tahun 2021, sebuah kumpulan pengguna Korea Selatan Citizens United for Consumer Sovereignty mengatakan bahawa jarak pemanduan bagi kebanyakan kenderaan elektrik menurun sehingga 40 peratus di dalam cuaca sejuk sewaktu baterinya perlu dipanaskan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: