TERKINI: SPRM Sahkan Muhyiddin Bakal Didakwa Di Mahkamah Esok
PUTRAJAYA, 09 Mac 2023 – Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki hari ini mengesahkan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan didakwa di mahkamah esok.
“Esok beliau dijangka akan didakwa. Bukan hari ini,” katanya menurut laporan portal tempatan.
Pagi tadi, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memberi keterangan dipercayai berkaitan kes salah guna dana kerajaan Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).
BACA JUGA: Elak Kahwin Muda: Kerajaan Bakal Gubal Undang-Undang Wajib Ke Sekolah Menengah
BACA JUGA: Merusuh Dengan Senjata, 4 Lelaki Berjaya Ditahan
BACA JUGA: Polis Buru Lelaki Conteng Tembok Masjid, Persenda Nabi
Ketibaan Muhyiddin ditemani sekumpulan empat peguamnya diketuai Datuk K Kumaraendran.
Akhir bulan lalu, SPRM membekukan beberapa akaun milik BERSATU dipercayai ada kaitan dengan siasatan agensi itu terhadap dana kerajaan RM92.5 billion yang didakwa diseleweng oleh kerajaan PN ketika melaksanakan pelbagai pakej rangsangan, semasa pandemik COVID-19.