Tempatan

Didakwa Akta Hasutan, Sanusi Mengaku Tidak Bersalah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SELAYANG, 18 Julai 2023 – Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibuat mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948, lapor wartawan, Mohd Redzuan Abdul Manap.

Menurut sebuah portal tempatan, beliau yang berkemeja putih dan berseluar hitam kelihatan tenang ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah terhadapnya, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan di hadapan Hakim Nor Rajiah Mat Zin.

“Faham Yang Arif… Tidak (mengaku salah),” ujarnya.

Terdahulu, media melaporkan Menteri Besar Kedah itu akan didakwa di dua Mahkamah Sesyen Selayang, hari ini bagi menghadapi dua pertuduhan mengikut Akta Hasutan 1948.

BACA JUGA: Kerajaan Perlu Semak Sistem Pendidikan Islam Negara

BACA JUGA: Kuliah UAI Dibatalkan: JAWI Beri Penjelasan

BACA JUGA: Dakwa Salah Laku Perdana Menteri, Idris Ahmad Sokong Cadangan Perundangan Wan Junaidi

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, Datuk Seri Muhammad Sanusi akan menghadapi dua pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948 [Akta 15] diarahkan kerana perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut dengan menyebut perkataan bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana Raja (Yang Dipertuan Agong dan Sultan Selangor).

Prosiding pagi ini dijadual berlangsung di hadapan Nor Rajiah Mat Zin Osman Affendi Mohd Shalleh.

Jika sabit kesalahan, beliau boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Awal pagi tadi, Datuk Seri Muhammad Sanusi ditahan pasukan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) D5 dan Bahagian Antimaksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di Mon’t Kiara.

Sebelum ini, dalam ucapannya yang tular, Menteri Besar Kedah itu dikatakan menyentuh mengenai perkenan Sultan Selangor, berkaitan pelantikan Menteri Besar Selangor.

Susulan itu, pelbagai pihak membuat laporan polis termasuk yang menyifatkan ucapan itu sebagai menghina institusi beraja di Selangor.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: