Tempatan

TERKINI: Mahkamah Jatuhkan Hukuman Penjara 10 Tahun Ke Atas Rosmah Mansor

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 01 September 2022 – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun berserta denda RM 970 juta ke atas Datin Seri Rosmah Mansor setelah beliau didapati bersalah atas kesalahan korupsi melibatkan RM1.25 bilion

Keputusan tersebut disampaikan oleh YA Zaini Mazlan, hakim Mahkamah Tinggi, sebentar tadi. Rosmah Mansor turut diberikan penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu proses rayuan dari pihaknya.

Mahkamah turut memerintahkan Rosmah dipenjara 10 tahun jika gagal membayar denda tersebut.

Dalam sesi yang sama, pihak pendakwaan yang diwakili oleh Datuk Seri Gopal Sri Ram, memohon supaya denda maksimum dikenakan ke atas Rosmah Mansor, iaitu hukuman penjara selama 20 tahun.

Terdahulu, samudera.my melaporkan bahawa Rosmah Mansor didapati bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan yang dikenakan ke atasnya

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa meminta suapan untuk dirinya sendiri RM187.5 juta, yang dibuat melalui bekas pegawai khasnya Datuk Rizal Mansor, iaitu 15 peratus nilai kontrak daripada Saidi.

Bagi pertuduhan kedua pula, dia didakwa menerima rasuah berjumlah RM1.5 juta daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings, Saidi Abang Samsudin sebagai upah membantu Jepak Holdings mendapatkan projek itu

Untuk pertuduhan ketiga pula, Rosmah Mansor dituduh menerima suapan RM5 juta daripada Saidi menerusi Rizal kerana membantu Jepak Holdings mendapatkan projek sama.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: