TERKINI: Bayar RM206 Bilion, Twitter Kini Milik Elon Musk
Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
AMERIKA SYARIKAT, 28 Oktober 2022 – Twitter kini secara rasmi menjadi milik individu terkaya dunia, Elon Musk selepas perjanjian bernilai $44bn (RM206 bilion) dimuktamadkan untuk membeli rangkaian media sosial itu.
“Sebab saya memperoleh Twitter adalah kerana adalah penting untuk masa depan tamadun untuk mempunyai dataran bandar digital yang sama, di mana pelbagai kepercayaan boleh dibahaskan dengan cara yang sihat, tanpa menggunakan keganasan. Pada masa ini terdapat bahaya besar bahawa media sosial akan berpecah kepada sayap kanan dan sayap kiri yang boleh mencetuskan lebih banyak kebencian dan memecahbelahkan masyarakat kita,” kata pemilik Tesla itu dalam Twitternya.
Jelasnya lagi, beliau membeli Twitter bagi membantu kemanusiaan, bukan kerana wang,
“Dalam mengejar klik tanpa henti, kebanyakan media tradisional telah memacu dan memenuhi keterlaluan terpolarisasi tersebut, kerana mereka percaya itulah yang mendatangkan wang, tetapi, dengan berbuat demikian, peluang untuk berdialog hilang.”
“Itulah sebabnya saya membeli Twitter.”
Langkah pertama yang dibuat Elon Musk selepas memiliki Twitter adalah memecat tiga eksekutif tertinggi termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Parag Agrawal, Ketua Pegawai Kewangan Ned Segal dan Vijaya Gadde, Eksekutif Tertinggi Untuk Dasar Undang-Undang, Kepercayaan Dan Keselamatan, sebagai sebahagian daripada proses pengambilalihan.
Sebelum ini, Elon Musk melengahkan membeli Twitter kerana bimbang Perang Dunia Ketiga tercetus, sehari sebelum Presiden Rusia, Vladimir Putin berucap sempena sambutan Hari Kemenangan Tahunan Rusia pada 9 Mei.
“Ucapan Putin esok sangat penting. Tiada gunanya beli Twitter jika kita sedang menuju Perang Dunia Ketiga”.