Antarabangsa

TERKINI: 42 Nyawa Melayang Setakat Ini Kerana Arak Beracun

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AHMEDABAD, 29 Julai 2022 – Sekurang-kurangnya 42 orang maut dan hampir 100 lagi telah dimasukkan ke hospital selepas meminum arak beracun di barat India, kata Pegawai Kanan Polis, Ashok Yadav.

Katanya, berpuluh-puluh orang jatuh sakit selepas meminum metanol, sejenis alkohol beracun yang kadangkala digunakan sebagai antibeku dan dijual di beberapa kampung seluruh negeri Gujarat.

Menurut beliau, 31 orang telah meninggal dunia di daerah Botad manakala 11 orang lagi maut di daerah Ahmedabad.

“Hasil siasatan menunjukkan mangsa telah meminum metanol gred industri yang menjadi punca kematian,” ujar Menteri Dalam Negeri, Harsh Sanghavi.

Jelas Sanghavi, 97 orang telah dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan dengan dua daripadanya berada dalam keadaan kritikal.

Berikutan itu, pihak berkuasa telah membanteras kedai arak haram di seluruh Gujerat dan beberapa orang telah ditahan, kata Ketua Polis Negeri, Ashish Bhatia.

Lapor sebuah akhbar, Gujarat merupakan negeri asal Perdana Menteri Narendra Modi menjadi antara negeri di India yang mengharamkan pengambilan dan penjualan minuman keras.

Bahkan, sebelum ini beratus-ratus rekod kematian dicatatkan setiap tahun akibat daripada pengambilan alkohol murah.

Minuman keras itu juga ditambah dengan metanol bagi meningkatkan tahap khayalnya yang apabila diminum ia boleh mengakibatkan buta mata, kerosakan hati dan kematian.

Pada 2019, lebih 150 orang maut dalam kejadian serupa yang kebanyakannya pekerja ladang di timur laut negeri Assam.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: