Tempatan

Terbabit Dakwaan Menyiarkan Komen Menghina Di Media Sosial, Aktivis BERSIH Cuba Batalkan Undang-Undang Berkaitan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 24 September 2022 – Setelah didakwa melakukan secara sedar penghantaran jelik di media sosial berkaitan agama Islam pada 26 April lalu di laman Facebooknya, aktivis BERSIH, Sarajun Hoda Abdul Hassan mencabar peruntukan undang-undang yang menjenayahkan jenayah tersebut.

Mengikut kertas pertuduhan, lelaki tersebut didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran dengan menggunakan perkhidmatan komunikasi yang jelik sifatnya berkaitan agama Islam di laman Facebooknya.

Sarajun yang juga bekas Timbalan Pengerusi BERSIH mendakwa, Seksyen 233(1)(a) dan 233(3) akta itu melanggar beberapa hak asasi yang ditetapkan di bawah beberapa peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 5 Perlembagaan berkaitan kebebasan diri, Perkara 8 berkaitan kesamarataan dan Perkara 10 berkaitan hak kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan.

Mahkamah Sesyen sebelum ini menolak permohonan Sarajun, agar Mahkamah Tinggi meneliti isu Perlembagaan membabitkan akta tersebut.

Namun, pada Khamis lalu Mahkamah Tinggi Taiping menetapkan 17 Oktober untuk memutuskan permohonan Sarajun Hoda Abdul Hassan bagi merujuk isu Perlembagaan di Mahkamah Persekutuan berhubung Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Kes ini masih berlangsung di Mahkamah Sesyen sejak dibicarakan pada 3 Ogos lepas di Mahkamah Sesyen Taiping .

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya.

Tertuduh kini diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan pasportnya kini ditahan oleh mahkamah. Dia juga dikehendaki melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: