Tempatan

Tengkujuh: Harga Sayur Bakal Melonjak Hingga 70% Bulan Depan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

CAMERON HIGHLANDS, 20 November 2023 – Kumpulan petani menjangkakan harga sayur bakal melonjak dari 30 hingga 70 peratus Disember ini.

Memetik laporan berita tempatan, Setiausaha Persatuan Penanam Sayur Cameron Highlands, Chay Ee Mong berkata keadaan cuaca yang tidak menentu serta musim tengkujuh boleh menjejaskan pengeluaran sayur-sayuran sekaligus meningkatkan harga bahan mentah berkenaan.

Katanya, sebelum ini negara mengalami cuaca panas yang mana ia baik untuk penanaman namun kini musim tengkujuh telah tiba di samping turut meramalkan bahawa harga kacang Perancis dan lada benggala dijangkakan meningkat lebih tinggi jika cuaca buruk pada bulan hadapan.

Menurut Chay, biarpun air diperlukan namun cahaya matahari juga turut memainkan peranan supaya tanaman terus tumbuh sambil menambah bahawa sayur-sayuran di rumah hijau juga turut dipengaruhi oleh cuaca.

Jelas beliau, kekurangan cahaya matahari dan fotosintesis akan menjejaskan pertumbuhan cili, bawang, kacang panjang dan lain-lain di mana sekiranya pengeluaran rendah, ia akan melonjakkan harga sayur-sayuran.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden Persatuan Peladang Cina Cameron Highlands, Cheng Han Hong turut menjangkakan harga akan meningkat dari 30 hingga 50 peratus bagi bahan mentah seperti bawang, sawi Jepun, pak choy, kobis dan tomato.

“Sekiranya cuaca buruk bulan depan, kami menjangkakan kebanyakan petani akan menaikkan harga sayur-sayuran terpilih sebanyak RM2,” katanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: