Antarabangsa

Telegram Keluar Kenyataan Berhubung Penangkapan Pengasas

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RABU, 28 OGOS 2024 – Syarikat Telegram telah mengeluarkan kenyataan bahawa pihak mereka mematuhi undang-undang Kesatuan Eropah (EU) dan pengasasnya, Pavel Durov “sama sekali tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyikan”.

Kenyataan tersebut dikeluarkan setelah Durov ditahan di Paris. Ujar syarikat itu lagi, mereka sedang “menunggu jalan penyelesaian segera” terhadap situasi tersebut.

Durov telah ditahan di Lapangan Terbang Paris-Le Bourget pada Sabtu lalu sejurus setelah sampai ke negara tersebut daripada Azerbaijan.

Menurut media Perancis, pihak pendakwaraya tempatan bercadang untuk membuat tuduhan bersubahat dalam penyeludupan dadah, kesalahan pedofilia serta pemalsuan terhadap pengasas Telegram yang kini berusia 39 tahun itu.

Menurut media tempatan itu, hujah bagi tuduhan tersebut adalah atas dasar moderasi kandungan yang tidak mencukupi, alatan kerahsiaan yang kukuh serta dakwaan kurang bekerjasama dengan pihak polis bagi kes jenayah.

Ahad lalu, Telegram telah bertindak menafikan hujahan tersebut dengan menegaskan bahawa syarikat mereka mematuhi undang-undang EU dan polisi-polisi moderasi-kandungan mereka adalah “dalam piawaian industri”.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: