Tempatan

Tekanan Kartel & Ketiadaan Subsidi Faktor Harga Barang Naik – PEMBELA

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 29 Jun 2022 – “Kenaikan harga barangan ini sukar dielakkan disebabkan Kerajaan sudah kekurangan dana untuk memberi subsidi selain tekanan dari kartel-kartel yang dilihat lebih menguasai,” ujar Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) Hj Aminuddin Yahaya.

Menurutnya, kenaikan harga barang yang menimpa negara secara bertalu-talu semenjak dua menjak ini sukar dielakkan kerana beberapa faktor yang mendorong kenaikan ini berlaku.

Jelas beliau, pihaknya tidak menafikan tekanan daripada kartel-kartel perniagaan memainkan peranan besar dalam krisis ini.

“Ya, ia adalah antara faktor yang menyebabkan kenaikan harga barang tidak dapat dikawal selia dengan betul,” ujarnya.

Aminuddin berkata, kartel ini yang mengawal market dan harga barangan, jadi ia secara langsung menjadi antara penyebab krisis ini berlaku secara mendadak.

Bagaimanapun, Kerajaan boleh elakkan jika tidak lagi bergantung nasib kepada kartel-kartel ini bagi membiayai politik masing-masing,” katanya.

Sepatutnya, peranan pemimpin Kerajaanlah dalam mengelak dan mengatasi serta menyelesaikan masalah ini secara tuntas, bukan bergantung harap kepada pihak lain.

Jelasnya, Kerajaan diharap bukan hanya bergantung nasib kepada kartel-kartel yang sudah tentu mempunyai agenda sendiri dalam meraih keuntungan peribadi mereka.

Beliau menegaskan, para pemimpin mesti bertanggungjawab, sekiranya ada rakyat yang kebuluran, terpaksa mengemis, melakukan perkara yang haram untuk kelangsungan hidup hasil daripada krisis ekonomi yang tidak dapat diselesaikan dengan baik oleh pemimpin yang diberi tanggungjawab oleh rakyat dalam mentadbir negara supaya berada di kedudukan yang baik. Tetapi malangnya perkara sedemikian kurang berlaku.

Ketika ditanya apakah cadangan dasar, perubahan polisi dan sistem yang boleh dicadangkan agar dapat diseimbangkan semula kenaikan harga barang yang mendadak kini?

Aminuddin menjelaskan, maka, sudah tiba masanya Kerajaan kena engage dengan semua pihak bukan kartel sahaja.

Menurut beliau, Kerajaan mesti berani dan bijak dalam membuat perubahan polisi dan sistem selain memikirkan cara yang tepat untuk keluar dari sistem kapitalis dan beralih kepada islamis.

Beliau turut menggesa, pihak Kerajaan yang sepatutnya menjadi pendorong dan penyokong utama di dalam kempen sokong BMF di mana ia dilihat sudah tentu dapat memulihkan dan menaikkan ekonomi rakyat kebanyakannya.

Sebelum ini terdapat beberapa kebangkitan rakyat dalam sejarah yang berpunca daripada kebuluran dan kelemahan ekonomi di dunia namun menurut Aminuddin, hal yang sedemikian tidak boleh terjadi di Malaysia walaupun dalam situasi sebegini?

Jelas beliau lagi, hal ini kerana sikap rakyat Malaysia yang merupakan antara rakyat yang sangat bertoleransi dan berhemah dalam apa jua situasi yang melanda negara.

“Saya rasa tidak, kerana orang Melayu terutamanya mempunyai sikap yang sangat berhemah dalam apa jua keadaan,” katanya.

“Cuma, mungkin akan ada perubahan Kerajaan kerana rakyat mahukan perubahan dalam kepimpinan yang dapat membawa negara dan rakyatnya ke arah kesejahteraan dan peningkatan dari segi ekonomi yang lebih baik bukan hanya terperangkap di dalam politikal yang diapit oleh kartel-kartel yang tidak berkesudahan,” jelas beliau mengakhiri kenyataan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: