Tempatan

Tebaran Rumpun Bangsa Melayu Polinesia Sudah Menghampiri 400 Juta Orang

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

KUALA LUMPUR, 01 Februari 2023 – Mantan Pengarah ATMA, Profesor Emeritus Dato Dr Wan Hashim Wan Teh menjelaskan bahawa dari sudut antropologi, begitu luas tebaran rumpun bangsa melayu polinesia ini sehingga sudah menghampiri sekitar 400 juta umat manusia dari pelbagai rumpun, etnik, bangsa dan juga agama.

Menjelaskan lebih terperinci, istilah dunia Melayu Polinesia adalah penduduk di kepulauan Pasifik dan dikatakan Polinesia kerana akarnya adalah sama iaitu bahasa Austronesia, yang mempunyai persamaan yang hampir dengan bahasa yang dituturkan oleh orang Melayu pada hari ini.

Baca juga:  PrEP & Homoseksual: Kisah Kelamin Kini Jadi ‘Tanggungjawab’ Doktor

Baca juga:  Umat Islam Akan Terus Dimomokkan & Dipermainkan Jika Tidak Bersatu

Baca juga:  Sarawak Mahu Putrajaya Serahkan Pelabuhan Bintulu

Selain itu, beliau yang juga Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia menjelaskan bahawa berdasarkan wilayah budaya geopolitik dan dari segi antropologi yang luas, Singapura, Borneo, Brunei, Philipina, Thailand dan Indonesia dan semua etnik adalah ‘Malay‘.

Ini kerana antropologi tidak melihat agama itu sebagai definisi orang Melayu seperti yang terdapat dalam perlembagaan negara, malah dilihat lebih jauh seperti Indo-China dan Taiwan juga alam melayu kerana adanya melayu yang asal pribuminya adalah orang melayu.

Mengaitkan dengan teori migrasi pula, orang-orang polinesia ini datang dan berasal dari alam Melayu, ujar Dr Wan Hashim bagi menjawab soalan berkaitan alam Melayu di dalam forum ‘Malaysia Tidak Wujud Tanpa Persekutuan Tanah Melayu’.

Dr Wan Hashim juga memetik kajian yang diterbitkan pada tahun 30an daripada Profesor Rupert Emerson dari Amerika Syarikat yang menerangkan berkenaan kemunculan Malaysia pada zaman tersebut, di mana Malaysia bermaksud Land Of The Malays.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: