NGO

Tarik Subsidi Berperingkat: Kerajaan Patut Guna Hasil Negara Yang Ada – Irwan Fahmi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Assalamuaalaikum

Menjawab kenyataan Rafizi Menteri Ekonomi bahawasanya Kerajaan akan menarik subsidi secara berperingkat.

Subsidi ini adalah salah satu cara Kerajaan mengagihkan hasil bumi kepada rakyat. Kekayaan negara wajib diagihkan kepada rakyat Malaysia, bukan rakyat Singapore Thailand.

Sebagai contoh negara kita kaya dengan bijih timah dan harga bijih timah lebih kurang sebanyak USD 26,700.00 per ton. Ini adalah salah satu contoh hasil bumi yang ada di dalam Negara kita.

Amat mustahil kita mengalami krisis yang teruk, cuma yang teruk adalah cara mengurus. Saya nak tanya Malaysia Smelting Corp ini milik siapa? Rahman Hydraulic Bhd milik siapa??? Sedangkan harga bijih timah makin tinggi permintaannya dan ini baru satu contoh hasil bumi kita ada lagi beberapa hasil bumi termasuk emas, petrol dan sebagainya

Kerajaan seharusnya mengambil alih kembali serta buat cara yang baru, berhenti daripada mengutip cukai yang tidak seberapa. Inilah cara Kerajaan harus berfikir menggunakan segala hasil negara ketika Negara dalam keadaan susah.

Ada Kerajaan tetapi kebanyakan yang bodoh menjadi menteri. Sudah lebih daripada 6 bulan menguruskan negara tiada lagi alasan “Kerajaan yang lepas”

Irwan Fahmi Ideris
Ketua Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia

Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan samudera.my

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: