Antarabangsa

Tanpa Bantuan Perumahan, 300,000 Warga Britain Bakal Jadi Gelandangan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

UNITED KINGDOM, 7 Disember 2022 – Lebih dari 300,000 individu dan keluarga di seluruh Britain mungkin akan menjadi gelandangan pada tahun hadapan jika tiada sebarang perubahan pada polisi pentadbiran United Kingdom (UK).

Buat masa ini, ribuan warga negara tersebut sedang berhadapan dengan situasi yang teruk dalam menjadi gelandangan termasuklah terpaksa tidur di jalanan, menumpang di rumah orang lain serta tinggal di tempat sementara seperti di hotel-hotel.

Sebuah kajian yang bertajuk ‘The Homelessness Monitor: Great Britain’ yang diketuai oleh Heriot-Watt University menunjukkan bahawa kadar mangsa gelandangan di negara tersebut kini telah meningkat sebanyak 32% daripada tahun 2020 di mana pada tahun tersebut seramai 227,000 individu telah mengalami masalah tersebut.

Ramalan mengenai jumlah bakal gelandangan tersebut diperolehi berdasarkan polisi UK yang tidak berubah.

Polisi negara tersebut yang kini tidak berlandaskan hakikat mengenai kadar sewaan yang telah lapuk dan tidak bertepatan dengan kadar kenaikan sewa yang mencanak naik serta hal-hal berkaitan dengan kos sara hidup yang semakin meruncing.

Kajian tersebut telah menunjukkan bagaimana krisis sara hidup, kenaikan harga sewa serta beberapa hal lain akan memaksa ribuan isi rumah di negara tersebut untuk berada di dalam situasi yang sangat tidak selamat.

Menurut kajian yang sama, lebih separuh daripada 300,000 individu dan keluarga akan menumpang di rumah orang lain, di mana perkara ini adalah sebahagian daripada isu berkaitan gelandangan yang sebenarnya sedang rancak berlaku namun ianya bersifat tersembunyi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: