Tempatan

Tan Sri Musa Hassan Bantah Pemansuhan SOSMA

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 28 Disember 2022 – “Justeru saya menganggap bahawa SOSMA perlu dikekalkan. ‘Review’ (semakan) perlu kita buat untuk menambah baik lagi undang-undang berkenaan kerana kita memerlukannya untuk menjaga negara.”

“Tetapi bukan untuk dibuang, bukan untuk dimansuhkan (tetapi jika) untuk diperbaiki saya bersetuju (menyokong),” tegas bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Ujarnya, kajian untuk menambah baik Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) itu akan disokong sepenuhnya tetapi tidak untuk dimansuhkan supaya keselamatan negara kekal terjamin daripada sebarang ancaman bahaya.

“SOSMA adalah undang-undang yang berkaitan dengan kesalahan membabitkan keselamatan negara, digunakan untuk mengambil tindakan terhadap kumpulan yang menjalankan keganasan yang biasanya membabitkan (ahli) yang ramai.”

Kata Tan Sri Musa Hassan lagi, SOSMA tidak sama dengan ISA.

“SOSMA tidak sama dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana kuasa polis (untuk menahan suspek) adalah 60 hari, kemudiannya 30 hari lagi menunggu keputusan Menteri (Dalam Negeri), selepas itu ditahan di pusat tahanan tanpa dibicara di mahkamah.”

“Tetapi berbeza dengan SOSMA, (Individu yang ditahan mengikut akta) SOSMA perlu dituduh di mahkamah, kalau tidak dia kena bebaskan.”

Justeru, beliau sekali lagi menegaskan bahawa beliau menyokong SOSMA diperbaiki, tetapi bukan untuk dimansuhkan.

Minggu lalu, Kementerian Dalam Negeri bersetuju untuk memulakan sesi libat urus bersama semua pihak berkepentingan bagi mengkaji semula dengan lebih teliti peruntukan di dalam Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: