Tempatan

Tambang Percuma MRT Laluan Putrajaya Hingga Hujung Bulan Ini – PM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SERDANG, 16 Mac 2023 – Pengguna MRT Laluan Putrajaya boleh menggunakan perkhidmatan awam tersebut secara percuma mulai hari ini sehingga hujung bulan ini.

“Mulai hari ini jam 3 petang sehinggalah 31 Mac, kita tidak akan kenakan bayaran bagi yang menggunakan MRT,” umum Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan merasmikan Majlis Pelancaran Pembukaan MRT Laluan Putrajaya di Depoh MRT Serdang hari ini.

BACA JUGA: Ceramah Hina Institusi Diraja, Polis Buka Siasatan

BACA JUGA: Banjir Kilat Melanda Kawasan Gempa Bumi Turkiye, 14 Terkorban

BACA JUGA: Banjir: Kerajaan Benarkan Pelajar Ke Sekolah Dengan Pakaian Bebas

Dengan laluan sepanjang 40.2 kilometer (km) dari Kampung Batu ke Putrajaya Sentral, operasi Fasa Dua itu membabitkan beberapa lokasi antaranya Sungai Besi, Chan Sow Lin dan Ampang Park yang juga tempat tumpuan warga kota yang bekerja.

Ia turut membabitkan laluan dengan perkhidmatan stesen pertukaran antara laluan transit aliran ringan (LRT) Kelana Jaya, MRT Kajang dan monorel.

Anggaran masa perjalanan dari Stesen MRT Kwasa Damansara ke Stesen MRT Putrajaya Sentral akan mengambil masa kira-kira 84 minit.

Dijangka seramai 104,000 pengguna sehari akan memanfaatkan MRT laluan Putrajaya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: