Tempatan

Tak Iktiraf UEC, Syabas Menteri Pendidikan – CIJ

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 01 Mac 2023 – Cikgu Izzat Johari, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Amal Sejagat Malaysia mengucapkan tahniah kepada Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek atas ketegasannya untuk tidak mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

“Tahniah YB Fadhlina Sidek!”

BACA JUGA: Selepas Menu Rahmah, Kerajaan Perkenal Menu RM2

BACA JUGA: PERHATIAN: Amaran Banjir Di Negeri Pahang Dan Johor Hari Ini

BACA JUGA: Premis Warga Asing Digempur MBK, Seorang Lelaki Ditahan

“Alhamdulillah. Seingat CIJ, ini adalah respon kali ketiga oleh YB Menteri Pendidikan dan secara peribadi, CIJ amat berbangga dengan ketegasan jawapan yang diberikan,” kata Cikgu Izzat Johari.

Beliau turut melampirkan tangkap layar laporan berita yang memaparkan kenyataan dari Menteri Pendidikan bertajuk “Kerajaan tidak iktiraf UEC “.

Di akhir kenyataan, Cikgu Izzat Johari mendoakan agar Menteri Pendidikan tersebut terus menjadi menteri yang bernadi pendidik.

Menerusi jawapan bertulis, Menteri Pendidikan menyatakan, sama seperti pendirian Kerajaan sebelum ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah Kerajaan Perpaduan juga tidak mengiktiraf Unified Examination Certificate (UEC).

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: