Tempatan

Tabika, Taska Tutup Jika Suhu Cecah 40°C

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BACHOK, 19 Mei 2023 – Semua Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) dan Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) akan ditutup sekiranya cuaca panas di negara ini mencecah 40 darjah Celcius.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), Ahmad Kamal Idris Mohd. Nawawi berkata, panduan itu terkandung dalam surat arahan pentadbiran yang dikeluarkan pada April lalu sebagai langkah waspada menghadapi kepanasan melampau yang boleh menyebabkan kemungkinan berlakunya kes kelesuan haba.

BACA JUGA: Kerajaan Yang Majoriti Islam Tapi Tidak Boleh Pertahankan Islam – Syed Hassan Syed Ali

BACA JUGA: Perubahan Iklim: Malaysia Perlu ‘Berdikari’ Hasilkan Makanan Sendiri

BACA JUGA: Umat Islam Tidak Pernah Rela Nama Tuhan Mereka Disebut Dengan Cara Yang Salah Pandangannya – Dr Izham Nayan PPIM

Tambahnya, Kemas turut mengeluarkan arahan supaya tidak mengadakan aktiviti luar sepanjang musim ini bagi mengelak kanak-kanak terdedah kepada suhu panas.

“Di bawah seliaan Kemas, kita mempunyai 10,800 kelas Tabika dan 550 kelas Taska yang melibatkan 218,000 seramai kanak-kanak. Untuk makluman kita (Kemas) mengambil serius perkara ini dengan memberi perhatian khusus menerusi laporan dan pemantauan pendidik serta pembantu yang bertugas.”

“Pada masa sama, Kemas melalui Tabika dan Taska turut mengadakan perbincangan dengan pihak ibu bapa berkait dengan tindakan drastik yang boleh diambil jika keadaan cuaca bertambah teruk. Ibu bapa juga boleh mengemukakan cadangan yang terbaik demi kesihatan kanak-kanak masing-masing.”

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Program Jom Masuk Kampung dan keraian Hari Pendidik peringkat Kelantan di Dataran KRT Kubang Telaga, pada Khamis yang dirasmikan oleh Presiden Wawasan Bachok Gemilang, Datuk Yusri Che Noh.

Di samping itu katanya, ibu bapa turut diberi kelonggaran untuk tidak menghantar anak masing-masing ke Tabika atau Taska jika suhu mencecah 35 hingga 37 darjah Celcius dengan syarat memaklumkan terlebih dahulu kepada tenaga pengajar bagi dipanjangkan kepada pihak atasan.

Menurutnya, pendidik dan pembantu Kemas terutama di Kelantan dan Johor paling banyak menghantar laporan harian berkait keadaan semasa dan peningkatan suhu serta permintaan ibu bapa ke ibu pejabat untuk makluman pihak pengurusan.

Namun, setakat ini situasi dikategorikan masih selamat dan belum ada laporan yang membabitkan kes kelesuan haba yang berlaku di Tabika dan Taska seluruh negara.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: