Surat Pembaca

Surat Kepada Kerajaan: Harga Siling Ayam Tamat Hujung Bulan, Matilah Harga Naik

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Saudara Editor,

Saya baru sahaja baca berita Kerajaan cuma akan kawal harga siling untuk ayam dan telur ayam sampai 30 Jun ini sahaja.

Sekarang ini pun rakyat dah rasa susah walaupun ada harga siling sebab isu kekurangan bekalan ayam dan upah potong ayam.

Mana taknya, harga siling ayam standard RM8.90 sekilogram, tapi dekat market penjual letak harga RM9.90 sekilogram.

Selepas itu terbaca pula berita harga siling akan berakhir 30 Jun ini.

“Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pelanjutan tempoh itu bertujuan memastikan Keluarga Malaysia bersedia dengan perubahan harga apabila penentuan harga tersebut berakhir pada hujung bulan ini.”

Allahuakbar, mengucap panjang saya membacanya.

Tambah Datuk Seri Alexander lagi, “Sebagai kerajaan yang prihatin, Kementerian Kewangan akan meneliti cadangan pemberian bantuan untuk golongan sasar berpendapatan rendah termasuk kadar dan mekanisme penyaluran bantuan bagi menangani kenaikan harga barang apabila penentuan harga maksimum ayam dan telur tamat pada 30 Jun.”

Persoalannya Datuk, apa jaminan Kerajaan bantuan ni semua akan dapat dan secara adil?

Apa yang prihatinnya apabila subsidi untuk penternak ditarik balik?

Felo Akademi Sains Malaysia, Datuk Madeline Berma pun sentuh pasal isu subsidi ni.

Datuk Madeline Berma bimbang sekiranya bantuan tersebut tidak sampai kepada golongan yang disasarkan.

Pada masa sama, beliau khuatir akan berlakunya kenaikan harga barangan mentah yang lain susulan keputusan Kerajaan untuk tidak lagi memberi subsidi kepada penternak, sebaliknya disalurkan kepada pengguna.

Datuk Madeline Berma juga sentuh berkaitan harga ayam, di mana apabila diberi duit atau tunai langsung, masalah nanti ia akan melibatkan kitaran benda lain.

“Nanti peniaga-peniaga bukan ayam pula akan kata, ‘anda sebagai pengguna sudah dapat bantuan daripada kerajaan’, itu peluang untuk mereka menaikkan harga barangan lain.”

Jadi kepada Kerajaan, saya nak tanyalah, lepas harga siling ayam berakhir ni, adakah ianya akan diserahkan kepada kartel?

-Erma Salahuddin, B40 yang tengah tertekan dan tertindas-

*Ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan samudera.my*

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: