NGO

Sumpah Rabbani ‘Ghaib’ Dari Teks Titah Diraja YDPA Hari Ini?

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Secara dasarnya, TITAH DIRAJA KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG XVI AL-SULTAN ABDULLAH RI’AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA’IN BILLAH pada sesi pembukaan Parlimen hari ini, mengandungi pesan-pesan yang bermanfaat untuk Kerajaan dan negara.

Adalah sesuatu yang menarik apabila teks Titah KDYMM Seri Paduka Baginda YDPA turut mengingatkan tentang kewajipan memenuhi sumpah jawatan Seri Paduka Baginda sebagaimana yang diwajibkan di dalam Perkara 37 (1) Perlembagaan Persekutuan. Ia boleh dibaca pada poin 51 Teks Titah yang dirujuk.

Poin 51 di dalam Titah tersebut seperti berikut :
******************************************************************************************************************
51. Pepatah Melayu lama mengingatkan kita: jika kerbau dipegang pada talinya, manusia pula dipegang pada janjinya. Pada 31 Januari 2019, Beta telah melafazkan sumpah untuk sesungguhnya dan sebenarnya, mengaku akan taat setia pada menjalankan dengan seadil-adilnya pemerintahan bagi Malaysia dengan mengikut sebagai mana undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan. Hakikatnya, Beta hanya melaksanakan amanah dan janji yang dituntut seperti mana yang telah Beta lafaz dan ikrarkan. Beta tidak berniat untuk mencampuri urusan politik negara apatah lagi untuk mengatur percaturan lanskap politik tanah air.

328840337_3387410014860629_1471189624294160308_n.jpg?resize=300%2C188&is-pending-load=1#038;ssl=1

********************************************************************************************************************
Malang sekali, penyedia Titah Diraja tersebut, meninggalkan bahagian penting di dalam sumpah yang sama iaitu, sumpah KDYMM SPB YDPA untuk memelihara Islam pada semua masa. Ia sumpah yang diangkat sebagai satu Sumpah Rabbani yang mengikat komitmen Seri Paduka Baginda untuk memelihara Islam pada semua masa dengan sumpah di atas nama Allah SWT.

Teks penuh sumpah Jawatan YDPA di dalam Perkara 37 (1) Perlembagaan Persekutuan sepertimana di dalam tangkap layar di bawah. Bahagian yang hilang dari poin 51 seperti berikut.

Dan lagi Kami berikrar mengaku dengan sesungguh dan dengan sebenarnya memeliharakan pada setiap masa Agama Islam dan berdiri tetap di atas pemerintahan yang adil dan aman di dalam Negeri.

330348464_911597260263672_1858949877821402131_n.jpg?resize=300%2C153&is-pending-load=1#038;ssl=1

Persoalan yang timbul ialah, apakah penyedia Teks Titah Diraja tersebut terkhilaf atau terlupa atau sengaja melupakan bahagian penting sumpah tersebut? Bagaimana mungkin mencapai Kerajaan Madani jika sumpah sepenting ini ghaib dari Teks Ucapan Ketua Utama Negara?

Jika ianya satu kekhilafan dan berpunca dari kelupaan, kita doakan supaya perkara ini tidak berulang pada masa hadapan. Tetapi jika ia berpunca dari elemen kesengajaan, mereka yang bertanggungjawab dengan penyediaan teks Titah DiRaja tersebut harus meminta maaf kepada KDYMM SPB YDPA kerana menyebabkan bahagian penting sumpah tersebut‘hilang’ dari mendapat perhatian penuh Seri Paduka Baginda hari ini.
Kita berpesan-pesan dengan kebenaran.

Setiausaha Agung PEMBELA

Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan samudera.my

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: