Tempatan

Sultan Selangor Titah Kerajaan Negeri Selesaikan Isu Banjir

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KLANG, 22 Ogos 2023 –  Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah mengingatkan barisan kepimpinan negeri yang baharu ditubuhkan agar dapat mengatasi masalah banjir di negeri itu.

“Di sini, beta ingin memberi penekanan kepada masalah banjir yang sering melanda negeri Selangor yang telah menyusahkan kehidupan rakyat Beta. Rancangan jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang perlu segera dilaksanakan.”

Titah Baginda, Kerajaan Negeri perlu segera mengatasi segala kepincangan yang ada dalam kehidupan rakyat di Negeri Selangor ini khususnya dari segi infrastruktur dan pembangunan.

BACA JUGA: Rakyat Jakarta Bekerja Dari Rumah, Kurangkan Pencemaran Udara

BACA JUGA: Pulau Marambong Bakal Diusul Sebagai Pangkalan Maritim Malaysia – ADUN Johor

BACA JUGA: Pemburu Haram Tumpas Setelah 10 Tahun

“Adalah menjadi keutamaan beta agar pihak kerajaan menyelesaikan segera masalah berkaitan kehidupan harian rakyat.”

“Apalah gunanya kita berbangga dengan pencapaian kemajuan ekonomi yang pesat serta status negeri kaya serta kejayaan mencatat KDNK tertinggi di Malaysia seandainya masalah keperluan asas rakyat pun tidak mampu diuruskan dengan baik.”.

Baginda bertitah demikian selepas berkenan menyempurnakan Istiadat Angkat Sumpah dan Ikrar Aku Janji Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Ahli Majlis Kerajaan Selangor (Exco) di Balairung Seri Istana Alam Shah, Klang pada Isnin.

Baginda turut menegaskan kerajaan perlu mengamalkan kebijaksanaan dalam pentadbiran, di samping menitikberatkan aspek kelancaran dan kelicinan pengurusan pentadbiran kerajaan serta agenda memartabatkan budaya bangsa.

“Sesuatu pelaksanaan dasar baru memerlukan suatu keputusan pantas dengan mengurangkan aspek birokrasi yang boleh menyusahkan dan membebankan rakyat yang berurusan dengan pihak kerajaan.”

“Rakyat perlu sentiasa didahulukan, diutamakan dan dibela di dalam segala aspek pembangunan dan pentadbiran kerajaan,” titah Baginda.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: