Tempatan

SUHAKAM Zahir Harapan Tiada Lagi Kanak-Kanak Ditempatkan Di Depot Imigresen

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 18 Februari 2023 – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menzahirkan harapan agar tiada lagi kanak-kanak ditempatkan di depot imigresen.

Pengerusi SUHAKAM, Profesor Dato’ Dr. Rahmat Mohamad dalam sebuah kenyataan media berkata, suruhanjaya itu menyambut baik pengumuman daripada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sebelum ini bahawa bahawa kanak-kanak di depot imigresen akan diletakkan di bawah jagaan badan bukan kerajaan (NGO) yang pakar dalam kebajikan kanak-kanak.

BACA JUGA: Penswastaan Petronas Undang Pengambilalihan Syarikat

BACA JUGA: MAFS Digesa Pastikan Telur Import Tidak Rosak, Busuk

BACA JUGA: Polis Damansara Difitnah, Polis Buat Laporan

Menurut beliau, keputusan tersebut selaras dengan saranan pihaknya kepada Kerajaan bagi melaksanakan Alternatif Penahanan (ATD) bagi kanak-kanak di depot imigresen.

“Sebagai pihak kepada Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak, Malaysia bertanggungjawab memastikan bahawa penahanan kanak-kanak hendaklah digunakan sebagai langkah terakhir, khususnya apabila mereka ditahan bersama ibu bapa atau penjaga mereka kerana kesalahan imigresen,” memetik kepada kenyataan tersebut.

Dalam kenyataan yang sama, beliau menyatakan bahawa pihak berkuasa harus memastikan agar kebajikan serta kepentingan terbaik terhadap kanak-kanak itu dilihat dengan lebih mendalam supaya golongan tersebut tidak mengalami kelanjutan trauma selepas proses pemindahan.

Sehubungan itu, beliau berharap agar tiada kanak-kanak ditempatkan di depot imigresen di samping pihaknya juga akan terus memantau pelaksanaan ATD serta memperjuangkan hak dan kesejahteraan semua kanak-kanak di Malaysia.

Malah, beliau turut menzahirkan harapan agar pihak Kerajaan konsisten dalam menyokong kesejahteraan kanak-kanak tanpa mengira status imigresen mereka.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: