Solat Jemaah Diharamkan Di Masjid Bersejarah, Didakwa Atas Tapak Kuil
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
VARANASI, 26 Mei 2022 – Mahkamah di India mengarahkan pihak berkuasa untuk menyekat solat berjemaah di Masjid Gyanvapi yang berusia 353 tahun kerana dikatakan mengandungi tinggalan Dewa Shiva.
Awal bulan ini, Mahkamah di Varanasi telah menubuhkan sebuah pasukan penyiasat untuk menyelidiki masjid tersebut selepas lima orang wanita memohon kebenaran mahkamah untuk membuat upacara ritual Hindu di masjid itu kerana menurut mereka, itu adalah tapak lokasi sebuah kuil yang kononnya wujud sebelum pembinaan masjid itu.
BACA: Genosid Kaum India Di Malaysia? Jangan Menipu!!! – Zamri Vinoth
BACA: Mahkamah Tinggi India Perintah Muslimah Tanggal Tudung Untuk Dapatkan Pendidikan
BACA: Pembunuhan Umat Islam Dan Kristian Di India Satu Agenda Terancang – Ahmad Iqram Mohamad Noor
Peguam, Hari Shankar Jain yang mewakili wanita-wanita itu memberitahu mahkamah bahawa pasukan penyelidik telah menjumpai beberapa tinggalan Dewa Shiva dan beberapa simbol Hindu yang lain di masjid itu.
Hasil penemuan yang penuh kontroversi itu, mahkamah membuat keputusan untuk menutup masjid itu dan mengharamkan umat Islam untuk mendirikan solat berjemaah di dalamnya.
Dua hari yang lalu, Kiran Singh, Setiausaha Agung Vishwa Vedic Sanatan Sangh merangkap isteri kepada presiden NGO itu mengemukakan petisyen di mahkamah untuk meminta pengharaman kemasukan umat Islam di dalam masjid itu, penyerahan Masjid Gyanvapi kepada persatuan agama Hindu itu, dan kebenaran untuk mengadakan ritual penyembahan Hindu di dalamnya.
Mahkamah bersetuju untuk mendengar permohonan Kiran Singh – kebenaran untuk mengadakan ritual penyembahan Hindu di dalamnya – pada tarikh 25 Mei 2022.