Tempatan

Sidang Dewan Rakyat Dilanjut Dua Hari Pada April

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 28 Februari 2023 – Sidang Dewan Rakyat akan dilanjutkan dua hari iaitu pada 3 dan 4 April akan datang.

Perkara tersebut disahkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul di mana perkara itu merupakan ketetapan oleh Perdana Menteri selaku Ketua Majlis Mesyuarat.

BACA JUGA: Hujan Berterusan, Trend Aras Air Di Sarawak Kini Di Aras Bahaya

BACA JUGA: ‘Ummi’ Ditahan, Aktifkan Kembali Ajaran Sesat Di Negeri Sembilan

BACA JUGA: Hina YDPA, Pekebun Didenda RM6,500

Perkara itu juga selaras dengan Peraturan Mesyuarat 11(2) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Menurut beliau, penambahan hari itu adalah bagi membolehkan beberapa Rang Undang-Undang (RUU) serta urusan Kerajaan dapat dibentangkan malah diputuskan di Dewan Rakyat.

Sebelum ini, persidangan Dewan Rakyat dijadual tamat pada 30 Mac.

Ia selaras dengan peraturan mesyuarat di mana Ketua atau Timbalan Ketua Majlis dikehendaki menetapkan sekurang-kurangnya 28 hari sebelum permulaan setiap penggal diikuti tarikh bagi majlis turut akan dibincangkan dalam penggal tersebut.

Walaupun begitu, tarikh-tarikh yang ditetapkan boleh diubah oleh ketua mahupun timbalan dari semasa ke semasa.

Sehubungan itu, Johari memberitahu bahawa kesemua anggota Dewan Rakyat akan dimaklumkan berhubung pindaan tarikh mesyuarat tersebut dalam masa terdekat.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: