Tempatan

Sewa Kedai Naik 700%, Peniaga Pasar Runsing

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JOHOR BAHRU, 28 Jun 2023 – Golongan peniaga di Pasar Taman Suria di sini runsing susulan harga sewa kedai yang meningkat sehingga 700 peratus, lapor berita tempatan.

Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Akmal Nasrullah Mohd. Nasir, pihaknya menerima banyak aduan berhubung perkara tersebut baru-baru ini.

Katanya, majoriti peniaga di pasar tersebut terkejut dengan kenaikan harga itu di mana sewa yang sebelum ini hanya RM40 hingga RM100 sebulan dinaikkan kepada sekitar RM800 sebulan.

BACA JUGA: Ramalan Cuaca Khas Sempena Hari Raya Aidiladha

BACA JUGA: Kes Adib: 17 Tertuduh Dibebaskan

BACA JUGA: Empangan Mula Merosot, 1 Berada Di Tahap Kritikal

“Peniaga terlibat berasa kecewa dan bimbang kerana mereka boleh digantikan dengan penyewa lain sekiranya tidak mematuhi arahan kenaikan harga tersebut,” ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru itu turut memberitahu di mana para peniaga menzahirkan tindakan pemilik premis untuk menaikkan harga sewa dilihat tidak bersesuaian dengan keadaan ekonomi semasa.

Hal ini kerana, jualan mereka turut mengalami pengurangan dan hanya merekodkan 50 peratus jualan berbanding tahun terdahulu.

Justeru, beliau menyatakan bahawa pihaknya akan membincangkan isu berkenaan dengan pemilik premis sekali gus mendapatkan penyelesaian terbaik bagi kedua-dua belah pihak.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: