Antarabangsa

Setengah Warga Daripada 9 Negara EU Mahu Perang Ukraine Ditamatkan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

EROPAH, 18 Januari 2023 – Kira-kira separuh daripada warga negara di sembilan negara Kesatuan Eropah (EU) cenderung untuk penamatan segera bagi konflik ketenteraan di Ukraine, walaupun Kiev perlu melepaskan tuntutannya ke atas sebahagian wilayah yang dahulunya adalah milik mereka.

Kenyataan tersebut adalah daripada sebuah soal selidik yang telah dilakukan oleh Euroskopia yang merupakan sebuah gabungan daripada agensi-agensi pengundian dan laporan mengenai soal selidik tersebut telah diterbitkan pada Selasa lalu.

BACA JUGA: GEMPAR!! Masjid Diroboh Untuk Besarkan Jalan

BACA JUGA: Malaysia-Indonesia Perlu Bekerjasama Kuasai Industri Halal Global – Duta Indonesia

BACA JUGA: Ops Gerak: 3 Kenderaan Diesel Ditahan Gagal Mematuhi Piawaian

Soal selidik tersebut telah dilakukan di sembilan negara EU iaitu Austria, Perancis, Jerman, Greece, Itali, Belanda, Poland, Portugal dan Sepanyol.

Sekitar daripada 48 peratus daripada para responden menyatakan bahawa mereka mahu penyelesaian segera terhadap konflik tersebut, walaupun ianya bermaksud Ukraine harus kalah. Manakala hanya 32 peratus yang tidak bersetuju untuk Kiev menyerah kalah dalam konflik itu.

Para pegawai Ukraine telah bersumpah untuk terus melawan sehingga tentera mereka mendapat kekuasaan ke atas kesemua wilayah yang dianggap milik mereka dan para pemimpin EU pula telah berikrar untuk membantu Ukraine selagi mana diperlukan.

Responden di Austria dan Jerman pula lebih bersikap skeptik, di mana 64% daripada responden Austria dan 60% responden Jerman mahukan jalan pintas untuk menamatkan konflik tersebut.

Perkara ini adalah bertentangan dengan pendirian rasmi kerajaan Jerman di mana mereka adalah negara yang paling banyak membantu Kiev dalam hal ketenteraan jika dibandingkan dengan negara-negara lain di EU.

Hasil kaji selidik di Belanda dan Poland pula menunjukkan bahawa mereka adalah yang paling kurang menyokong tindakan kompromi untuk mencapai keamanan, manakala Greek dan Itali pula adalah yang paling kurang menyokong terhadap sekatan yang dikenakan oleh EU terhadap Rusia.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: